Gunakan Dengar Secara Langsung dengan AirPods
Anda boleh menguatkan bunyi dengan Dengar Secara Langsung. Letakkan iPhone atau iPad anda berdekatan perkara yang anda mahu dengar, kemudian dengar menerusi AirPods anda. Ini boleh membantu anda mendengar dengan lebih baik dalam sesetengah situasi—sebagai contoh, apabila sedang berbual dalam persekitaran yang bising.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Buka Pusat Kawalan pada iPhone atau iPad anda, ketik , ketik nama AirPods anda, kemudian ketik Dengar Secara Langsung.
Jika anda tidak melihat , tambah ia ke Pusat Kawalan—pergi ke Seting > Pusat Kawalan, kemudian pilih Pendengaran.
Tempatkan peranti anda berdekatan sumber bunyi.