12 September
Penampilan
(Dilencongkan daripada September 12)
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
12 September merupakan hari ke-255 (hari ke-256 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 110 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Tanjung Verde.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 490 SM – Perang Yunani-Parsi: Orang Athens dan sekutunya Plataea menghentikan pencerobohan Parsi dalam Pertempuran Marathon.
- 622 - Parlimen Mekah yang terdiri daripada perwakilan kabilah Quraisy di Darul Nadwah telah bersidang sejak pagi hari untuk membincangkan cara yang tepat untuk mematikan dakwah Islam.
- 1683 – Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bergabung dengan tentera Habsburg untuk menewaskan tentera Empayar Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna.
- 1848 – Switzerland menjadi sebuah negara persekutuan dengan penerimaan perlembagaan baharu.
- 1933 - Leó Szilárd mendapat idea tentang tindak balas rantai nuklear semasa sedang menunggu lampu merah di Southampton Row di Bloomsbury, London.
- 1942 – Insiden Laconia: Sebuah U-boot menenggelamkan kapal RMS Laconia dengan sebutir torpedo berhampiran pesisir pantai Afrika Barat dan cuba untuk menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk 80 orang awam, 160 askar Poland, 268 askar British dan 1800 tawanan perang Itali.
- 1977 – Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam jagaan polis di Pretoria.
- 1992 – Pemimpin pertubuhan gerila Maois Peru Laluan Bersinar (Inggeris: Shining Path) Abimael Guzmán ditangkap di Lima.
- 2007 – Bekas Presiden Filipina Joseph Estrada disabitkan menggelapkan wang dan dihukum reclusión perpetua.
- 2007 – Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.
- 2011 – Loji Kuasa Nuklear Bushehr, kemudahan kuasa nuklear awam pertama di Timur Tengah, mula beroperasi di Iran.
- 2011 – Letupan dan kebakaran talian paip minyak di Nairobi, Kenya mengorbankan 100 orang.
- 2012 – Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi mengekalkan kemajmukan dalam pilihan raya umum Belanda.
- 2012 – Serangan terhadap misi diplomatik dan bantahan meluas terjadi selepas penyebaran suatu filem pendek yang menghina Islam.
- 2013 – NASA mengesahkan Voyager 1 menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke ruang antara bintang pada Ogos 2012.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1957 - Kadim Al Sahir, pelakon dan penyanyi Iraq dan Maghribi.
- 1969 - Fayez Al-Malki, pelakon lelaki Arab Saudi.
- 1973 - Paul Walker, pelakon Amerika Syarikat.
- 1986 - Emmy Rossum, pelakon Amerika Syarikat