B-1 Lancer
B-1 Lancer | |
---|---|
Peranan | Pesawat pengebom strategik |
Pengeluar | North American Rockwell Rockwell International Boeing |
Penerbangan sulung | 23 Disember 1974 |
Mula digunakan | 1 Oktober 1986 |
Status | 66 aktif, 24 tidak aktif[1] |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | B-1A: 4 B-1B: 100 |
Kos seunit | AS$ 283.1 juta pada 1998 (B-1B) |
B-1 Lancer merupakan sebuah pesawat pengebom strategik yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia bermula seawal tahun 1960-an sebagai sebuah pengebom supersonik dengan beban muatan dan jarak yang bersesuaian bagi mengantikan pesawat B-52 Stratofortress, akan tetapi diberi keutamaan bagi aras rendah, penembus berkelajuan subsonik dengan jarak jauh. Rekabentuknya telah dibatalkan dan diteruskan untuk beberapa kali sepanjang sejarah pembangunannya, apabila teori keseimbangan strategik berubah daripada tindakan fleksibel kepada mutually assured destruction dan kembali semula. Pesawat ini akhirnya memasuki perkhidmatan 20 tahun selepas dikaji.
Pesawat B-1B versi pengeluaran telah memasuki perkhidmatan dalam Tentera Udara A.S sejak 1986. Ia digunakan sebagai komponen pengebom berkelajuan supersonik dengan pasukan pengebom jarak jauh Tentera Udara A.S, bersama-sama pesawat subsonik B-52 dan B-2 Spirit. Sepertimana nama-nama popular pada pesawat lain, Lancer biasanya dikenali sebagai "Bone" (berasal dari "B-One") dalam Tentera Udara A.S. Dengan persaraan pesawat EF-111 Raven pada 1998 dan F-14 Tomcat pada 2006, B-1B adalah satu-satunya pesawat sayap boleh ubah terakhir yang masih digunakan dalam inventori angkatan tentera A.S.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]B-1 telah dibayangkan sebagai program Pesawat Strategik Berpemandu Termaju sejak 1965. Program ini merupakan sebuah program terakhir sehingga 1960-an yang akan mengantikan pesawat B-52 dengan sebuah pesawat supersonik pelbagai peranan yang berupaya untuk melakukan pengeboman jarak jauh dan melancarkan peluru berpandu nuklear.[2] Beberapa siri pembatalan mengakibatkan pengenalan perkhidmatan pesawat ini mengalami kelewatan sehingga pertengahan 1980-an, iaitu selepas 20 tahun selepas program ini bermula.
Spesifikasi (B-1B)
[sunting | sunting sumber]Data dari USA Fact Sheet, Jenkins,[3] Pace
Ciri umum
- Anak kapal: 4 (komander, pembantu juruterbang, pegawai sistem serangan dan pegawai sistem pertahanan)
- Panjang: 146 kaki (44.5 m)
- Rentang sayap:
- Rentang: 137 kaki (41.8 m)
- Kuncup: 79 kaki (24.1 m)
- Tinggi: 34 kaki (10.4 m)
- Sayap luas: 1,950 kaki² (181.2 m²)
- Aerofoil: NA69-190-2
- Berat kosong: 192,000 lb (87,100 kg)
- Berat berisi: 326,000 lb (148,000 kg)
- Berat berlepas maksimum: 477,000 lb (216,400 kg)
- Loji kuasa: 4× General Electric F101-GE-102 penambahan turbofan
- Tujahan kering: 14,600 lbf (64.9 kN) setiap satu
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 30,780 lbf (136.92 kN) setiap satu
- Muatan bahan api, pilihan: 10,000 gelen A.S (38,000 L) tangki bahan api untuk 1-3 ruang persenjataan dalaman setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum:
- Pada aras: Mach 1.25 (950 bsj, 1,529 km/j)
- Aras rendah: Mach 0.92 (700 bsj, 1,130 km/j)
- Jarak: 6,478 batu nautika (7,456 batu, 11,998 km)
- Jejari bertempur: 2,993 batu nautika (3,445 batu, 5,543 km)
- Lelangit khidmat 60,000 kaki (18,000 m)
- Beban sayap: 167 lb/ft² (816 kg/m²)
- Tujahan/berat: 0.37
Persenjataan
- Titik beban: 6x tenggekan luar untuk 59,000 lb (27,000 kg) persenjataan (penggunaan persenjataan kini dikekang oleh perjanjian START I[12]) and 3 internal bomb bays for 75,000 lb (34,000 kg) of ordnance to carry from:
- Peluru berpandu:
- 24× AGM-158 JASSM
- Bom:
- 84× Mk-82 AIR bom kegunaan am[4]
- 81× Mk-82 bom kegunaan am seretan rendah[5]
- 84× Mk-62 Quickstrike periuk api laut[6]
- 8× Mk-65 periuk api laut
- 30× CBU-87/89/CBU-97 Unit Bom Berangkai (CBU)[7]
- 30× CBU-103/104/105 WCMD
- 24× GBU-31 JDAM bom panduan Sistem Kedudukan Global (GPS)[8]
- 15× GBU-38 JDAM bom panduan GPS (kepala peledak kegunaan am Mk-82)[9]
- 24× Mk-84 bom kegunaan am
- 12× AGM-154 Joint Standoff Weapon
- 96× atau 144× GBU-39 Bom diameter kecil bom panduan GPS[10] (tidak digunakan pada B-1 lagi)
- 16x B61 bom thermonuklear perubahan graviti[11]
- 8x bom nuklear B83
Avionik
- 1× Westinghouse AN/APQ-164 radar fasa jujukan serangan pandang hadapan
- 1× Eaton AN/ALQ-161 peralatan penyesak pertahanan dan amaran radar
- 1× AN/ASQ-184 sistem pengurusan pertahanan
- 1× Lockheed Martin Sniper XR pod tenangan (pilihan)[13][14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mehuron, Tamar A., Assoc. Editor. "The Air Force in Facts and Figures - 2008 USAF Almanac". Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association, Vol. 91, Issue 5, May 2008. ISSN 0730-6784.
- ^ B-1A background, Globalsecurity.org.
- ^ Jenkins 1999
- ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-8 bagi B-1B
- ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-7 bagi B-1B (berubah dari 84 ke 81 oleh kerana isu padanan pada 28X CBM dengan alat ekor baru)
- ^ Bad to the B-ONE Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, Air Force Magazine, March 2007, p. 63.
- ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-13 bagi B-1B
- ^ kedua-dua bom kegunaan am Mk-84 dan bom penembusan BLU-109
- ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-12 Seksyen 3.4 (hanya 6 unit disetiap ruang hadapan dan tengah dan tiga di setiap ruang buritan)
- ^ 96 jika menggunakan empat pek, 144 jika menggunakan enam pek. Keupayaan ini belum lagi digunakan pada B-1
- ^ 1995 Annual Defense Report: Strategic Nuclear Forces
- ^ Pate, Kristen "Sniper ATP-equipped B-1 has combat first", US Air Force, 11 August 2008.
- ^ Tirpak, John A. "The Big Squeeze". Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association, Volume 90, Issue 10, October 2007. ISSN: 0730-6784.
- ^ "B-1 crews conduct TWF test; receive pod spin-up", US Air Force, 29 February 2008.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: B-1 Lancer. |
- B-1B Fact Sheet and B-1 System Program Office on USAF web site Diarkibkan 2009-08-25 di Wayback Machine
- B-1B product page and B-1B history page on Boeing.com
- B-1 history page on NASA/Langley Research Center site Diarkibkan 2009-08-13 di Wayback Machine
- B-1 page on GlobalSecurity.org, Detailed History, Development and Data
- B-1B Lancer USAF 20-year history article
- Boeing Wins $45 Million U.S. Air Force B-1B Upgrade Contract