The Pentagon
The Pentagon | |
---|---|
Etimologi | pentagon |
Maklumat umum | |
Status | Siap dibina |
Jenis | Headquarters (en) , bangunan pentadbiran awam, bangunan pejabat, tarikan pelancong, groundscraper (en) |
Gaya seni bina | Klasikisme |
Lokasi | Arlington |
Alamat | 1400 Defense Pentagon, Washington, D.C. 20301-1400 |
Negara | Amerika Syarikat |
Koordinat | 38°52′16″N 77°03′22″W / 38.871°N 77.056°WKoordinat: 38°52′16″N 77°03′22″W / 38.871°N 77.056°W |
Penyewa terkini | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat |
Pembinaan bermula | 11 September 1941 |
Disiapkan pada | 15 Januari 1943 |
Dirasmikan pada | 15 Januari 1943 |
Pembiayaan | $83 juta |
Pemilik | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat |
Maklumat ketinggian | |
Bumbung | 71 kaki (22 m)[1] |
Tingkat teratas | 5 |
Butiran teknikal | |
Bahan | Konkrit, Indiana limestone (en) |
Bilangan tingkat | 7 |
Keluasan tingkat | 6,636,360 kaki persegi (620,000 m2) |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | George Bergstrom David J. Witmer |
Kontraktor utama | John McShain, Inc. |
Anugerah/hadiah | Doublespeak Award (en) (1977) |
Maklumat lain | |
Letak kenderaan | 27 hektar |
Tapak web | |
https://pentagontours.osd.mil/Tours/ | |
Rujukan | |
Pentagon Office Building Complex | |
Lokasi | Jefferson Davis Hwy./VA 110 at I-395, Arlington, Virginia |
Luas | 41 ekar (17 he) |
Dibina pada | 1941 |
Arkitek | Bergstrom, G.E.; Witmer, D.J. |
No. rujukan NRHP | 89000932[2] |
No. VLR | 000-0072 |
Tarikh penting | |
Ditambahkan ke NRHP | 27 Julai 1988 |
Penetapan VLR | 18 April 1989[3] |
sunting · sunting di Wikidata |
The Pentagon ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Arlington, Virginia dekat Washington, DC, yang berbentuk segi lima (bahasa Greek: pentagon). Pentagon dianggap sebagai bangunan rendah (low rise) yang terpadat di dunia yang menempatkan 23,000 kakitangan tentera dan awam serta lebih kurang 3,000 kakitangan sokongan bukan pertahanan. Ia juga merupakan ibu pejabat Tentera Laut AS, Tentera Darat AS dan Tentera Udara AS.
Bangunan Pentagon dilihat ramai sebagai salah satu gedung yang dirancang secara efisien. Panjangnya adalah 28 kilometer manakala luasnya adalah 11 hektar. Namun jangkamasa dari satu hujung ke hujung yang lain dalam gedung ini hanya mengambil masa tujuh minit sahaja dengan berjalan kaki.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pentagon dibangun sewaktu Perang Dunia Kedua iaitu pada tanggal 11 September 1941. Sebelum itu, staf jabatan pertahanan terpaksa bekerja di lebih kurang tujuh belas bangunan berasingan yang terletak di merata Washington, D.C. Walaupun jabatan ini telah membuka sebuah bangunan baru di barat laut bandar raya ini, ia masih tidak mencukupi untuk menampung staf yang semakin ramai. Oleh itu, Brigadier General Brehon B. Somervell telah dipertanggungjawabkan untuk membina sebuah ibu pejabat bagi Jabatan Pertahanan ini. Dalam masa tidak lebih empat hari, beliau bersama rakannya telah membuat pelan bangunan tiga tingkat untuk menempatkan staf seramai 40,000 orang. Arkitek bangunan ini ialah George E. Bergstrom dari Philadelphia. Sebaik sahaja Pearl Harbor diserang, tingkat empat telah ditambahkan dan kemudiannya tingkat lima.
Bangunan Pentagon siap dibina pada tahun 1943, suatu jangkamasa yang amat singkat iaitu selama 18 bulan sahaja. Namun begitu, Kongres AS telah membantah pembinaannya kerana ia menelan belanja yang amat tinggi iaitu dianggarkan sebanyak USD80 bilion. Presiden Roosevelt mengira bahawa gedung ini hanyalah gedung sementara saja dan setelah Perang Dunia II akan dipakai sebagai gedung Arkib Nasional. Namun ia kekal sebagai pusat jabatan pertahanan AS sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 1998, gedung ini telah melakukan pengubahsuaian.
Pada saat serangan 11 September 2001, pesawat Penerbangan 77 American Airlines melanggar bangunan ini. Namun begitu, tempat yang dilanggar adalah tempat yang baru diubah suai itu. Setelah peristiwa ini, ubah suai dilanjutkan dan dianggarkan selesai pada tahun 2008.
Maklumat struktur bangunan
[sunting | sunting sumber]- Pentagon adalah setinggi 71 kaki (21.6 meter), mempunyai lima tingkat, dengan aras mezanin dan bawah.
- Bangunan ini terdiri dari lima gegelung konsentrik dipanggil A, B, C, D, E, dari gelung paling dalam menghadapi laman dalam (gelung A) ke gelung paling luar (E).
- Jarak sejauh 92.000.000.000 kaki di sepanjang setiap dinding luar
- Kawasan lantai seluas 6.5 juta kaki persegi, 34 ekar, 13.8 hektar, dimana 3.7 juta kaki persegi adalah untuk pejabat.
- Koridor sepanjang 17.5 batu
- Bangunan ini menggunakan konkrit sebanyak 410,000 cubic yards iaitu daripada 680,000 tan pasir dan batu baur halus yang dikorek dari Sungai Potomac yang berhampiran.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Facts: Navigating The Pentagon". pentagontours.osd.mil. Dicapai pada 10 Januari 2018.
- ^ Perkhidmatan Taman Negara (9 Julai 2010). "National Register Information System". Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.
- ^ "Virginia Landmarks Register". Virginia Department of Historic Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2013. Dicapai pada 12 Mei 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: The Pentagon. |
- (Inggeris) Tentang Pentagon lebih lanjut
- (Inggeris) Laman Web Rasmi
- (Inggeris) Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat