Pergi ke kandungan

Muse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Muse (kumpulan))
Muse
Muse mengadakan persembahan pada 2019. Dari kiri ke kanan: Matt Bellamy, Chris Wolstenholme, Dominic Howard
Latar belakang
Berasal dariTeignmouth, Devon, England
Genre
Tahun aktif1994–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
The Jaded Hearts Club
Laman sesawang
muse.mu
Ahli

Muse [mius] ialah sebuah kugiran rock alternatif Inggeris berasal dari Teignmouth, Devon, ditubuhkan pada 1994. Kugiran ini terdiri daripada rakan satu sekolah Matthew Bellamy (penyanyi utama, gitar, piano, papan nada, keytar), Chris Wolstenholme (bes, penyanyi latar, papan nada, gitar, harmonika) dan Dominic Howard (dram, perkusi, synthesiser).

Black Holes and Revelations berjaya membawa kugiran ini kepada pencalonan Mercury Prize dan mendapat tempat ketiga dalam senarai Albums of the Year untuk 2006 NME.[1]

1992-1998: Penubuhan dan permulaan

[sunting | sunting sumber]
Logo rasmi digunakan oleh Muse sejak 1998.

Kesemua ahli kugiran ini pada awalnya bergiat aktif bersama beberapa kumpulan muzik berbeza di Teignmouth Community College pada awal 1990-an. Matthew Bellamy berjaya diuji bakat untuk posisi gitaris kumpulan milik Dominic Howard, Carnage Mayhem. Mereka bertukar nama kepada Gothic Plague. Mereka meminta Chris Wolstenholme - yang bermain dram untuk Fixed Penalty pada ketika itu - untuk belajar bermain bes, Wolstenholme bersetuju kemudian mempelajarinya, sementara Bellamy menjadi penyanyi dan penulis lagu untuk band.[2][3] Mereka kembali bertukar nama kepada Rocket Baby Dolls yang membawakan gaya rock gotik-glam.

Pada tahun 1994, Rocket Baby Dolls memenangi peertandingan antara kugiran tempatan, sambil menghancurkan instrumen mereka semasa beraksi.[4] Bellamy mengatakan, "Sepatutnya itu ialah sebuah protes, kenyataan, jadi, saat kami benar-benar menang, itu ialah kejutan, kejutan besar. Setelah itu, kami mulai serius." Tidak lama selepas itu, mereka menukar nama kugiran menjadi Muse - diilhamkan oleh guru seni Bellamy, Samuel Theoun yang turut disukai mereka kerana pendek dan kelihatan bagus dalam poster[5] - dan berpindah dari Teignmouth.[6]

1998-2000: EP sulung dan Showbiz

[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa tahun mempunyai pangkalan peminat yang memberangsangkan, Muse mengadakan konsert-konsert pertama mereka di London dan Manchester. Kumpulan ini kemudian bertemu dengan Dennis Smith, pemilik syarikat rakaman Sawmills, yang beribu pejabat di Cornwall, England. Pertemuan ini akhirnya dilanjutkan dengan rakaman rasmi pertama Muse iaitu EP Muse yang menggunakan label Sawmills, Dangerous. EP kedua mereka, Muscle Museum, meraih peringkat ke-3 di carta muzik indie dan mendapat perhatian daripada wartawan muzik berpengaruh British, Steve Lamacq, serta majalah muzik mingguan NME. Dennis Mills kemudian membantu membangunkan syarikat muzik Taste Media, yang dibuat khas untuk Muse (Muse menggunakan label ini untuk 3 album pertama mereka). Ini merupakan perkara yang sangat menguntungkan untuk Muse kerana mereka dapat mempertahankan keunikan muzik mereka pada awal kerjaya mereka.

Biarpun EP ke-2 mereka amat berjaya, banyak syarikat rakaman England tetap enggan menyokong Muse, dan banyak orang dalam industri muzik menganggap muzik Muse terlalu mirip dengan Radiohead sebagaimana kugiran baru UK lain pada masa itu. Namun, syarikat Maverick Records dari A.S. mempromosikan Muse untuk beraksi beberapa kali di Amerika Syarikat hingga akhirnya mengambil mereka sebagai artis rakaman berkontrak pada 24 Disember 1998.[7] Sekembalinya dari Amerika, Taste Media mendapatkan kontrak untuk Muse di syarikat-syarikat rakaman di Eropah dan Australia. John Leckie, yang menjadi penerbit album untuk Radiohead, Stone Roses, "Weird Al" Yankovic dan The Verve, menjadi penerbit untuk album pertama Muse, Showbiz.

Pelancaran album ini diikuti dengan penampilan pembantu dalam jelajah kumpulan Foo Fighters dan Red Hot Chili Peppers di Amerika Syarikat. Pada tahun 1999 dan 2000, Muse mengadakan persembahan pada beberapa festival muzik di Eropah dan Australia, dan mengumpulkan banyak peminat baru di Eropah Barat.

2001-2002: Origin of Symmetry dan Hullabaloo Soundtrack

[sunting | sunting sumber]

Album kedua mereka, Origin of Symmetry, dengan John Leckie sebagai penerbit, mengandungi muzik yang lebih berat dan gelap, dengan suara bes yang dalam dan memutarbelitkan. Muse bereksperimen dengan alat-alat muzik yang tidak biasa digunakan, seperti organ gereja, melotron, dan peralatan dram tambahan. Muse lebih banyak mengutamakan suara bernada tinggi Bellamy, dengan alunan arpeggio gitar dan permainan piano yang terdengar jelas, yang diinspirasikan dari gerakan romantisme khususnya pemuzik Rusia Sergei Rachmaninoff dan Tchaikovsky. Beberapa lagu seperti "Space Dementia" memiliki unsur klasik yang lebih kental oleh muzik Rachmaninoff. Bellamy juga menyatakan adanya pengaruh dari gitaris ternama Jimi Hendrix dan Tom Morello (gitaris Rage Against the Machine dan Audioslave) dalam melodi gitar pada beberapa lagu terakhir dalam album ini.[8] Lagu saduran "Feeling Good" karya asal Anthony Newley dan Leslie Bricusse serta dipopularkan oleh Nina Simone turut dimuatkan dalam album ini.

Origin of Symmetry memperoleh penilaian dari pelbagai pengkritik muzik. Dean Carlson dari Allmusic menilai permainan Muse terlalu menyerupai Radiohead, dan menganggap lagu-lagu mereka terlalu berlebihan dan sukar diterima."[9] Sebaliknya, Roger Morton dari NME memberikan nilai 9/10 untuk album ini, mengulas sisi yang gelap dan berani dari Muse, bahkan menilai bahawa Bellamy lebih 'gila' dari Thom Yorke, vokalis Radiohead.[10] Album ini berpotensi untuk menjadikan Muse semakin terkenal di Amerika Syarikat, tapi Maverick tidak setuju dengan gaya vokal Bellamy yang dianggap tidak sesuai untuk penyiaran radio dan meminta Muse untuk mengubah beberapa lagu mereka sebelum dilancarkan di A.S. Muse menolak permintaan ini dan meninggalkan syarikat rakaman Maverick, yang mengakibatkan Origin of Symmetry tidak dapat dilancarkan di Amerika (album ini akhirnya dilancarkan di daerah tersebut pada 20 September 2005, setelah Muse mengikat kontrak dengan Warner).

Penampilan Muse sepanjang promosi album Origin of Symmetry berjaya menarik perhatian peminat dan membangunkan reputasi Muse sebagai kugiran dengan penampilan secara langsung yang luar biasa. Reputasi ini mendorong Muse melancarkan Hullabaloo Soundtrack, DVD yang memuatkan penampilan mereka di Le Zénith di Paris, Perancis pada 2001. Lalu secara bersamaan, mereka juga melancarkan album ganda yang berisi sisi-B dan rakaman dari penampilan di Le Zenith. Single sisi-A ganda juga dilancarkan, dengan dua lagu baru iaitu "Dead Star" dan "In Your World".

Pada edisi Februari 2006 majalah Q Magazine, album Origin of Symmetry menempati tempat ke-74 dalam senarai 100 album terbaik sepanjang zaman para pembaca majalah tersebut.

2003-2005: Absolution

[sunting | sunting sumber]

Album ketiga mereka Absolution (diterbitkan oleh Rich Costey) dilancarkan pada September 2003 dan meraih penampilan nombor satu di United Kingdom.[11] Album ini menghasilkan single pertama yang memasuki sepuluh top hits mereka "Time Is Running Out" dan kemudian dua puluh top hits: "Hysteria", "Sing For Absolution" dan "Butterflies And Hurricanes". Muse kemudian melakukan jelajah antarabangsa pertama mereka. Ini terus dilakukan sekitar setahun dengan Muse mengunjungi Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, dan Perancis. Sementara itu, kumpulan ini melancarkan enam single ("Stockholm Syndrome", "Time Is Running Out, "Hysteria", "Sing For Absolution", "Butterflies And Hurricanes" dan "Apocalypse Please"). Di AS, jelajah 2004 mula terjejas kerana Bellamy mencederakan dirinya sendiri di pentas sepanjang jelajah pembukaan di Atlanta.[12] Konsert jelajah mereka diteruskan setelah beberapa jahitan dan beberapa hari istirahat.

Kumpulan ini juga tampil di Festival Glastonbury pada Jun 2004. Selepas festival itu, Muse menggambarkan konsert ini sebagai "konsert terbaik dalam hidup kami".[13][14] Namun, bapa Dominic Howard, William Howard, yang berada di festival untuk menonton persembahan kumpulah, meninggal dunia akibat serangan jantung setelah kumpulan itu tampil membuat persembahan. Single "Butterflies & Hurricanes" didedikasikan untuk baoa Howard. Muse kemudian meneruskan jelajah mereka. Mereka memenangi dua Anugerah MTV Eropah, termasuk "Best Alternative Act" dan Q Award untuk "Best Live Act".[15] Muse juga menerima anugerah sebagai "Best Live Act" di Anugerah BRIT 2005. Muse kehilangan dua kali untuk anugerah Best British Band dari NME, pada tahun 2004 dan 2005. Pada Julai 2005, Muse mengambil bahagian dalam konsert Live 8 di Paris.[16]

Pada 2003, kugiran ini menyaman syarikat Nestlé yang menggunakan lagu saduran "Feeling Good" nyanyian Nina Simone untuk sebuah iklan Nescafé tanpa kebenaran. Mereka menyumbangkan wang pampasan diberikan oleh Nestle sebanyak GBP500,000 untuk didermakan kepada Oxfam, sebuah yayasan bukan untung yang membanteras kemiskinan.

Mereka juga mempunyai DVD yang dilancarkan oleh kumpulan itu pada 12 Disember 2005, disebut Absolution Tour yang mengandungi suntingan rasmi Festival Glastonbury 2004 dan petikan sebelumnya dari London Earls Court, Wembley Arena, dan Teater Wiltern di Los Angeles. Dua lagu, "Endlessly" dan "Thoughts Of A Dying Atheist", sebagai trek tersembunyi dalam DVD yang diambil dari Wembley Arena. Hanya lagu dari Absolution yang tidak muncul di DVD secara langsung ialah "Falling Away With You", yang belum pernah dipersembahkan secara langsung sehingga kini.[17] Absolution menerima pensijilan Emas di A.S.[18]

2006-2008: Black Holes & Revelations dan HAARP

[sunting | sunting sumber]
Muse memainkan lagu "Starlight" di Reading and Leeds Festivals tarikh 28 Ogos 2006

Pada tahun 2006, Muse melancarkan album keempat mereka, Black Holes & Revelations, diproduksi oleh Muse dan Rich Costey. Judul dan tema album adalah hasil dari daya tarik band dengan cereka ilmiah dan kemarahan politik.[19][20] Album ini mencapai No 1 di United Kingdom, sebahagian besar Eropah, dan Australia. Ini juga sukses di Amerika Syarikat, mencapai nombor sembilan di chart album Billboard 200.[21] Sebelum pelancaran ini band ini membuat persembahan langsung yang sempat terhenti ketika sedang merakam, membuat sejumlah penampilan promosi dimulai pada tarikh 13 Mei 2006 di BBC Radio 1's Big Weekend. Tour Black Holes & Revelations dimulai tepat sebelum mereka melancarkan album dan awalnya kebanyakan terdiri daripada penampilan festival, terutama slot headline di Festival Reading dan Leeds pada bulan Ogos 2006.[22] Jadwal jelajah utama band dimulai dengan jelajah di Amerika Utara dari akhir Julai awal Ogos 2006. Setelah berakhir festival musim panas, jelajah Eropah dimulai, termasuk jelajah arena besar se-United Kingdom.[23] Black Holes & Revelations dinominasikan untuk Mercury Music Prize 2006, namun kalah dari Arctic Monkeys.[24] Album itu, memperoleh Penghargaan Platinum Eropah setelah menjual satu juta kopi di benua itu.[25] Pada bulan Ogos 2006, Muse mencatat sesi live di Abbey Road Studios untuk Live from Abbey Road.

Single pertama dari album, "Supermassive Black Hole", dilancarkan sebagai muat turun pada Mei 2006. Hal ini kemudian diikuti oleh rilis umum sebagai satu bulan berikutnya, semua menjelang rilis album utama. Single kedua, "Starlight", dilancarkan pada bulan September 2006. "Knights Of Cydonia" dilancarkan di Amerika Syarikatpada bulan Jun 2006 dan di UK pada November 2006. "Knights of Cydonia" terpilih nombor 1 di undian muzik terbesar di dunia Radio Australia Triple J Hottest 100 untuk tahun 2007 dan 18 di Triple J's Hottest 100 daripada All Time pada tahun 2009. Single keempat daripada album, "Invincible", kemudian dilancarkan pada bulan April 2007. Satu lagi single, "Map Of The Problematique", dilancarkan untuk muat turun digital hanya pada bulan Jun 2007, saat band tampil di Wembley.[26]

Band ini banyak menghabiskan bulan November dan Disember 2006 untuk jelajah Eropah dengan iringan Noisettes, sebuah band England sebagai pendukung. Jelajah mereka dilanjutkan di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara pada awal tahun 2007 dan sempat konsert di Indonesia pada tarikh 23 Februari 2007 sebelum kembali ke United Kingdom. Mungkin penampilan mereka terbesar sampai saat ini adalah dua pertunjukan di Stadion Wembley yang baru dibangun kembali pada tarikh 16 dan 17 Jun 2007. Kedua-dua konsert Wembley direkam untuk sebuah DVD/CD berjudul HAARP, yang dilancarkan pada 17 Mac 2008[27] in the UK and 1 April 2008[28] di Amerika Syarikat. Konsert jelajah berlanjut di Eropah pada bulan Julai 2007 sebelum kembali ke Amerika Syarikatpada bulan Ogos di mana tiket mereka terjual habis saat mereka bermain di Madison Square Garden, New York. Mereka. mendapatkan tempat pada malam kedua dari Austin City Limits Music Festival pada tarikh 15 September 2007, setelah The White Stripes batal tampil. Tidak lama setelah itu, mereka juga tampil di Vegoose Oktober 2007 di Las Vegas bersama band-band seperti Rage Against the Machine, Daft Punk, dan Queens of the Stone Age. Muse melanjutkan jelajah di Eropah Timur, Rusia, dan Skandinavia sebelum pindah ke Australia dan New Zealand. Muse memainkan pertunjukan terakhir mereka dari jelajah Black Holes and Revelations sebagai temanya di KROQ Almost Acoustic Natal.

Sejumlah penampilan live juga ada pada tahun 2008. Pada bulan Mac, mereka bermain konsert di Dubai, Johannesburg, dan Cape Town.[29] Pada tarikh 12 April. Mereka memainkan satu kali konsert di Royal Albert Hall dan Teenage Cancer Trust. Muse hadir di Rock in Rio Lisboa pada tarikh 6 Jun, bersama band lainnya seperti Kaiser Chiefs, The Offspring dan Linkin Park.[30] Band juga tampil di sebuah acara baru di Marlay Park, Dublin pada tarikh 13 Ogos dan telah diatur untuk bermain di sebuah pertunjukan di Belfast pada 14 Ogos. Namun, Belfast dicoret menurut The Telegraph Belfast.[31] Mereka juga mengisyaratkan kemungkinan akan jelajah atau konsert di Amerika Selatan.[32] Pada tarikh 25 September 2008, Bellamy, Howard dan Wolstenholme menerima gelar Honorary Doctorate of Arts dari Universitas Plymouth atas kontribusi mereka terhadap muzik.[33][34]

2009-2011: The Resistance

[sunting | sunting sumber]

Album kelima Muse, The Resistance, dilancarkan pada bulan September 2009. Ini adalah album Muse pertama yang dihasilkan sendiri.[35] Album ini menduduki puncak tangga album di 19 negara, menjadi band nombor album yang ketiga di nombor UK,[36] dan mencapai urutan ke-3 di Billboard 200.[36] Kritik positif mengenai album ini ditandai dengan banyak pujian ditujukan kepada ambisi, pengaruh muzik klasik dan tiga belas minit, tiga bahagian Exogenesis: Symphony.[37] Ini juga mengalahkan album sebelumnya, Black Holes dan Revelations dalam penjualan album relatif dalam minggu debut di United Kingdom dengan sekitar 148.000 eksemplar terjual. Single pertama, Uprising, dilancarkan tujuh hari sebelumnya dan telah memenangi banyak penghargaan.[38]

Muse di Melbourne, Australia, 2010

Jelajah The Resistance dimulai dengan A Seaside Rendezvous di Teignmouth, Devon pada bulan September 2009 dan termasuk Headlining Coachella Festival di bulan April 2010. Ini juga termasuk dua pertunjukan di Stadion Wembley pada bulan September 2010. Band ini juga mendukung U2 untuk 360° Tour.[39]

Pada Januari 2010, Muse ikut festival Big Day Out di berbagai tempat di Australia dan New Zealand, dimulai dengan Auckland sehingga Perth.[40] Muse ikut Coachella pada hari Sabtu 17 April.[41] Muse juga ikut Festival Glastonbury 2010 bersama dengan Gorillaz dan Stevie Wonder[42][43] serta festival Oxegen pada tahun 2010 bersama Arcade Fire dan Eminem.[44] Pada tarikh 7 Mei 2010, diumumkan bahawa Muse memberikan sebuah lagu untuk soundtrack film ketiga The Twilight Saga: Eclipse iaitu"Neutron Star Collision (Love Is Forever)" dilancarkan pada tarikh 17 Mei.[45]

Muse memainkan lagu Plug In Baby di Acer Arena Sydney, Australia tarikh 9 Disember 2010

Pada tahun 2010, Muse dalam sebuah jajak pendapat oleh majalah muzik NME untuk daur ulang mereka dari lagu Nina Simone, Feeling Good sebagai lagu daur ulang terbaik sepanjang masa. Lebih daripada 15,000 orang memberikan suara.[46]

Pada tarikh 12 September 2010, Muse memenangi MTV Video Music Awards dalam kategori Best Special Effects, untuk Uprising.[47] Pada tarikh 21 November, Muse membawa pulang penghargaan American Music Award untuk kategori Favorite Alternative Artist.[48] Pada tarikh 2 Disember, diumumkan bahawa Muse telah dinominasikan untuk tiga penghargaan 53 Grammy Awards: Best Rock Performance By a Duo or Group with Vocals - (Resistance); Best Rock Song - (Resistance), dan Best Rock Album: (The Resistance).[49] Berdasarkan airplay dan penjualan terbesar di AS, single Muse untuk tahun 2010; Uprising, Resistance",dan Undisclosed Desires mencapai 1, 6 dan ke-49 di chart akhir tahun.[50][51] Pada acara Anugerah Grammy ke-53 tarikh 13 Februari 2011, Muse meraih memenangi kategori Album Rock Terbaik untuk The Resistance.[52] dan Ivor Novello Awards untuk International Achievement.

Muse menjadi headline di Festival Reading dan Leeds pada bulan Ogos 2011 untuk merayakan ulang tahun kesepuluh dari album ke-dua mereka, Origin of Symmetry. Band ini menampilkan kesebelas lagu, dari atas ke bawah, selama set mereka.[53] Muse juga menjadi headline Lollapalooza di Chicago Grant Park pada Ogos 2011.[54]

2011-2013: The 2nd Law dan Live at Rome Olympic Stadium

[sunting | sunting sumber]

Muse masuk studio untuk mulai merakam album baru di bulan September 2011. Wolstenholme mengatakan kepada BBC Radio 1: "September dan Oktober, saat itulah kami akan masuk ke studio untuk mulai menulis album baru."[55] Dalam sebuah wawancara dengan Billboard pada 18 Oktober 2011, pengurus band Anthony Addis mengungkapkan bahawa Muse sudah mulai merakam album keenam mereka di London dan bahawa ia diharapkan akan dilancarkan pada Oktober 2012.[56]

Dalam wawancara dengan Kerrang! pada tarikh 14 Disember 2011, Wolstenholme menyatakan bahawa album Muse berikutnya akan menjadi "sesuatu yang sangat berbeza" dari album mereka sebelumnya. Dia juga mengatakan bahawa rasanya band seperti "menggambar sebuah garis di bawah masa-masa emas kerjaya kami terdahulu."[57] Hal itu terungkap melalui Tom Kirk di akun Twitter-nya bahawa komposer David Campbell yang telah bekerja sama dengan Radiohead, Paul McCartney, Beck dan Adele sedang membantu Matthew Bellamy menulis album.[58] Dalam sebuah wawancara di edisi 2012 April dari NME, Bellamy mengatakan bahawa band memasukkan unsur muzik elektronika, dengan pengaruh berasal dari duo French house Justice dan grup electronic rock Does It Offend You, Yeah?, serta masuknya pemain brass. Bellamy juga mengkonfirmasi tarikh pelancaran di musim gugur tahun 2012 untuk album dalam wawancara.[59] Pada tarikh 6 Jun 2012, Muse mengeluarkan sebuah trailer untuk album berikutnya, The 2nd Law, dengan hitungan mundur di website band menunjukkan tarikh pelancaran 17 September.[60] Trailer menunjukkan The 2nd Law akan bergerak ke arah dubstep, yang disambut dengan reaksi beragam dari para penggemar.[61][62]

Pada 7 Jun 2012, Muse mengumumkan jelajah Arena Eropah; leg pertama The 2nd Law World Tour. Leg ini meliputi Perancis, Sepanyol dan UK serta negara-negara lain.[63] Lagu terbaru mereka, "Survival" menjadi lagu tema rasmi Sukan Olimpik Musim Panas 2012;[64] ia mendapat siaran perdananya dimulakan dengan suatu prelud di BBC Radio 1 pada tarikh 27 Jun .[65]

Muse memperlihatkan daftar lagu The 2nd Law pada 13 Julai melalui sebuah pengumuman rasmi.[66][67][68] Singel kedua dari The 2nd Law, "Madness", dilancarkan pada 20 Ogos 2012, dan video musiknya keluar pada 5 September. Muse bermain di The Roundhouse pada 30 September untuk mempromosikan album baru mereka sebagai bahagian dari iTunes Festival. The 2nd Law dilancarkan untuk seluruh dunia pada 1 Oktober, dan 2 Oktober 2012 untuk Amerika Syarikat; album ini kemudian menduduki peringkat satu di UK Albums Chart, dan peringkat dua di US Billboard 200.[69][70] Lagu "Madness" mendapatkan nominasi dalam kategori Best Rock Song dan album sendiri mendapatkan nominasi dalam kategori Best Rock Album pada Grammy Awards ke-55 tahun 2013. Band ini mempertujukkan lagu pembuka album, "Supremacy", dengan full orchestra dalam BRIT Awards 2013 pada 20 February 2013.[71] Versi instrumental dari "The 2nd Law: Isolated System" dan "Follow Me", juga muncul sebagai muzik latar dalam film World War Z (2013). Bintang utama sekaligus produser Brad Pitt menjelaskan dalam sebuah wawancara bahawa dia mencari lagu yang dapat berhubungan dengan film seperti lagu Tubular Bells milik Mike Oldfieldis yang berhubungan dengan film The Exorcist. Pitt berpikir lagu-lagu tersebut adalah "persis apa yang kami cari untuk film".[72]

Muse melancarkan album live keempat iaituLive at Rome Olympic Stadium yang dilancarkan tarikh 29 November 2013 dalam bentuk CD/DVD dan CD/Blu-ray . Pada tarikh 5 November sudah ditayangkan di layar lebar di 20 kota dan beberapa hari kemudian di 40 tempat lainnya, termasuk di Indonesia.[73] Album berisi penampilan band di Stadio Olimpico, Roma pada tarikh 6 Julai 2013, dengan penonton sebanyak 60,963 orang. Konser ini termasuk bahagian dari The Unsustainable Tour, yang merupakan moniker untuk The 2nd Law World Tour pada musim panas 2013 leg Eropah.

2014-2016: Drones

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2014, Dom mengungkapkan bahawa Muse berencana untuk menggarap album ketujuh mereka.[74] Pada September 2014, Matt menjawab beberapa pertanyaan penggemar tentang album baru mereka di Twitter, dia menyatakan bahawa tema dari album ini meliputi "ekologi mendalam, kesenjangan empati dan perang dunia ketiga". Dia juga mengatakan bahawa lagu "Citizen Erased", akan mendapatkan "sekuel" pada album berikutnya.[75] Pada 26 September, Drummer Dominic Howard memperbarui profil Instagramnya dengan kata "7 days to album 7". Proses perekaman album baru diketahui pada 3 Oktober ketika akun Instragram Muse mengunggah sebuah gambar yang menunjukkan band berada di sebuah studio rekaman dengan caption 'Day 1...'[76] Pada 23 Oktober, band ini mengesahkan bahawa mereka sedang mengerjakan album baru bersama produser Robert John "Mutt" Lange.[77]

Pada 4 Februari 2015, band ini mengunggah dua gambar di akun Instagram mereka dengan hashtag "#MuseDrones", yang menyebabkan orang-orang percata bahawa album studio ketujuh mereka akan berjudul Drones.[78][79] Meskipun band ini tidak mengesahkan secara langsung, namun seniman Amerika Matt Mahurin kemudian menyebutkan dalam blognya bahawa album tersebut akan berjudul Drones dan dia akan menjadi orang yang membuat album artwork.[80]

Pada 11 Mac 2015 2015, Muse mengumumkan dalam website mereka bahawa Drones akan dikeluarkan pada 8 Jun 2015 tepat satu hari sebelum ulang tahun Matt Bellamy. Bersamaan dengan daftar lagu album, "Dead Inside" diumumkan sebagai single pertama yang akan dikeluarkan pada 23 Mac 2015.[81] Beberapa hari sebelumnya, band telah memperlihatkan sampul album dalam akun Instagram mereka.[82] Pada 12 Mac 2015, Muse melancarkan sebuah video lirik untuk "Psycho" dalam saluran YouTube mereka,[83] dan menjadikan lagu tersebut tersedia untuk diunduh secara instan bersama dengan pre-order album. Lagu tersebut adalah single pre-album pertama Muse yang memiliki peringatan "parental advisory" (bimbingan orang tua) dalam sampulnya dikarenakan bahasa yang digunakan terlalu kasar. Mulai 15 hingga 23 Mac, band memainkan sebuah seri pertunjukan yang terdiri daripada enam konsert di tempat-tempat kecil di United Kingdom, yang dinamakan UK Psycho Tour.[81] Penampilan live lagu-lagu baru dalam konsert-konsert tersebut akan disertakan dalam bonus DVD yang mengiringi pelancaran album, bersama dengan bonus video dalam studio.[84]

Pada 18 Mei 2015, Muse mengeluarkan video lirik "Mercy" dalam saluran YouTube mereka, dan menjadikan lagu tersebut tersedia untuk diunduh secara instan bagi pelanggan pre-order album.[85] Muse mengesahkan bahawa mereka akan tampil dalam festival Lollapalooza di Berlin pada 13 September 2015.[86] Sejak saat itu, Muse mengeluarkan tiga lagu lainnya: 'Reapers', 'The Handler', dan 'Defector'. Saat album lancarkan pada 5 Jun 2015, 7 daripada 12 buah lagu yang telah dilancarkan setakat ini. Matt sendiri mengatakan pendapat peribadi bahawa Drones adalah album terbaik mereka selama ini.[87] Pada pekan pertama, Drones telah masuk dalam tangga 5 besar terlaris dari segi penjualan[87][88].

2017–kini: Simulation Theory dan Origin of Muse

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Muse mengadakan lawatan ke Amerika Utara yang disokong oleh Thirty Seconds to Mars dan PVRIS. Howard mengesahkan pada bulan Februari bahawa kumpulan ini kembali ke studio. Pada 18 Mei, Muse melancarkan "Dig Down", single pertama dari album kedelapan mereka. Pada bulan November, mereka membuat persembahan di festival BlizzCon. "Thought Contagion", single kedua, dilancarkan pada 15 Februari 2018,disertai dengan video muzik tahun 1980-an. Pada bulan Jun, Muse membuka festival Rock In Rio. Pada 24 Februari, mereka bermain pertunjukan satu kali di La Cigale di Perancis dengan senarai yang memilih peminat secara dalam talian. Video konsert, Muse: Drones World Tour, dilancarkan di pawagam di seluruh dunia pada 12 Julai 2018.

Pada 19 Julai 2018, Muse mengeluarkan single ketiga daripada album mereka yang akan datang, "Something Human". Pada 30 Ogos 2018, mereka mengumumkan album studio kelapan mereka, Simulation Theory, yang akan dikeluarkan pada 9 November. Pengumuman itu disertakan dengan single dan video lain, "The Dark Side". Single kelima, "Tekanan", dikeluarkan pada 27 September. Jelajah dunia Simulation Theory bermula di Houston pada 3 Februari 2019 dan berakhir pada 15 Oktober di Lima. Pada 6 Disember 2019, Muse melancarkan Origin of Muse, satu set kotak yang terdiri daripada versi Showbiz dan Origin of Symmetry yang dilancarkan semula serta demo, sisi-B, dan persembahan langsung (termasuk 40 lagu yang belum pernah dikeluarkan sebelumnya), ditambah dengan buku senarai, poster, foto , karya seni asli dan temu ramah.

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]
Ahli terkini
Ahli jelajah langsung
  • Morgan Nicholls – papan nada, perkusi, synthesizer, vokal latar, bes, gitar ("United States of Eurasia") (2004, 2006–kini)
  • Dan Newell – trompet ("Knights of Cydonia" dan "City of Delusion") (2006–2007)
  • Alessandro Cortini – papan nada (menggantikan Morgan Nicholls buat sementara (2009)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Konsert jelajah

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "NME Albums Of The Year 2006". NME. 2006. Dicapai pada 18 Februari 2011.
  2. ^ Peter Buckley The rough guide to rock Rough Guides, 2003
  3. ^ International who's who in popular music, Volume 4 p.37. Routledge, 2002
  4. ^ "Watch "Rocket Baby Dolls" Later Known As Muse Win Battle of the Bands 1994". feelnumb. 22 January 2016. Dicapai pada 27 May 2018.
  5. ^ "Muse: Profile of the Band". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 17 June 2015.
  6. ^ "Muse Biography". Artists. Taste Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2002.
  7. ^ "Muse biography". ticketmaster.ie. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-20. Dicapai pada 2008-05-02.
  8. ^ "Muse's Matt Bellamy Talks". Ultimate-Guitar.com. December 25, 2003.
  9. ^ Carlson, Dean. "Origin of Symmetry - Review". Allmusic. Dicapai pada 2008-01-27.
  10. ^ Morton, Roger. "Origin of Symmetry - Review". NME. Dicapai pada 2008-05-04.
  11. ^ Lily Allen, Muse Soar To No. 1 On U.K. Charts Billboard.com
  12. ^ "Muse singer hurt during US show". BBC News. 14 April 2004. Dicapai pada 27 January 2008.
  13. ^ "Muse". MTV. TV artist of the week. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-15. Dicapai pada 2020-04-24.
  14. ^ "Muse: Road To Wembley Part 4 – Glastonbury, triumph and tragedy". NME. UK. 14 June 2007. Dicapai pada 27 January 2008.
  15. ^ International Who's Who in Popular Music 2008 p.561 Taylor and Francis, 2008
  16. ^ "LIVE 8 Concerts – Live 8". Live8live.com. 2 July 2005. Dicapai pada 3 September 2010.
  17. ^ Adam, Mamo (January 2008). "Tales of the Tracks – Muse". Rip It Up. m/s. 31.
  18. ^ "Search Results". Gold and Platinum. RIAA. Dicapai pada 27 January 2008.
  19. ^ "'Kate Moss? We briefly met once'". Popworld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-24. Dicapai pada 27 January 2008.
  20. ^ Raper, Dan (19 July 2006). "Black Holes & Revelations". Pop Matters. Dicapai pada 24 January 2008.
  21. ^ "Muse – Black Holes & Revelation". Music Charts. αCharts. Dicapai pada 27 January 2008.
  22. ^ "Confirmed Festival Dates and Album Release Date". Muse Management. 13 March 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-25. Dicapai pada 2020-04-24.
  23. ^ "Current Tour Dates". Muse Syndrome. 5 February 2006.
  24. ^ "Mercury Music Prize 2006... and the winner is... -> Rawkstar.net music news". Rawkstar.net. 6 September 2006. Dicapai pada 3 September 2010.
  25. ^ "IFPI Platinum Europe Awards – 2009". News. IFPI. 2006. Dicapai pada 27 January 2008.
  26. ^ "MOTP – Wembley Souvenir Download". Microcuts.net. 8 June 2007. Dicapai pada 27 January 2007.
  27. ^ "H. A. A. R. P – CD/DVD – Out 17 March!". News. Muse. 1 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-11. Dicapai pada 3 February 2008.
  28. ^ "Muse to Release Live CD/DVD on 1 April". press release. Warner Bros. Records. 19 February 2008. Dicapai pada 23 February 2008.
  29. ^ "Tour Dates". Muse. Dicapai pada 23 February 2008.
  30. ^ "Rock in Rio Lisboa: Muse ao vivo [texto+fotos]". Blitz Portugal. Dicapai pada 6 June 2008.
  31. ^ "Fans not a-Mused as top band to leave out Belfast". The Belfast Telegraph. 14 April 2008. Dicapai pada 17 April 2008.
  32. ^ "Muse to play London's Royal Albert Hall". NME. UK. 19 February 2008. Dicapai pada 19 February 2008.
  33. ^ "Muse Receive Honorary Degrees". Starpulse.com. 28 September 2008. Dicapai pada 6 August 2009.
  34. ^ "Muse receive honorary degrees". NME. UK. 29 September 2008. Dicapai pada 6 August 2009.
  35. ^ Lindvall, Helienne (12 February 2010). "Muse slate producer Rick Rubin at awards ceremony". The Guardian. London. Dicapai pada 22 April 2010.
  36. ^ a b Sexton, Paul (21 September 2009). "Muse Score Third U.K. No. 1 Album". Billboard. Dicapai pada 24 April 2010.
  37. ^ Billboard 3 Oct 2009. Retrieved 20 November 2010.
  38. ^ "First Single = Uprising!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-11. Dicapai pada 2020-04-24.
  39. ^ Leah Collins, Dose.caMarch 1, 2010 (1 March 2010). "Muse No Longer On Eclipse Soundtrack; Now What Will We Play At the Vampire Baseball Game?". Dose.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-19. Dicapai pada 3 September 2010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  40. ^ "BIG DAY OUT 2010 – Music Festival – Auckland, Gold Coast, Sydney, Melbourne, Adelaide, Perth". Bigdayout.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-11. Dicapai pada 15 April 2010.
  41. ^ "Muse Bring Big Rock Back to Coachella – Spinner UK". Spinnermusic.co.uk. 18 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 3 September 2010.
  42. ^ Jeremy King and David Quainton (2 February 2010). "Michael Eavis reveals Muse and Stevie Wonder to play Glastonbury at Event Production Show". Eventmagazine.co.uk. Dicapai pada 3 September 2010.
  43. ^ "Muse and Stevie Wonder set to headline Glastonbury 2010". NME. UK. 2 February 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
  44. ^ "Oxegen 2010 Set To Start With Eminem, Muse, Arcade Fire". Gigwise. 9 July 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
  45. ^ "Muse's Neutron Star Collision to Be First Single from The Twilight Saga: Eclipse Soundtrack". Dreadcentral.com. Dicapai pada 3 September 2010.
  46. ^ Muse beat The Beatles, Jimi Hendrix, Johnny Cash to win best cover song of all time NME
  47. ^ Lady Gaga, Muse, 30 Seconds To Mars Triumph At 2010 VMA Awards (13 Sep 2010)
  48. ^ Muse Wins American Music Award for Favorite Artist in the Alternative Rock Music Category msnbc
  49. ^ Muse (2 December 2010). "Muse nominated for three GRAMMYs!". Muse.mu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-17. Dicapai pada 3 December 2010.
  50. ^ Best of 2010, Alternative Songs Billboard Retrieved 19 December 2010
  51. ^ Music Charts, Most Popular Music, Music by Genre & Top Music Charts Billboard Retrieved 19 December 2010
  52. ^ http://www.mtv.com/news/articles/1657891/muse-grammy-awards.jhtml Muse Bask In First Grammy Win, Make Plans For Kid-Friendly Album] MTV Retrieved 14 February 2011
  53. ^ "Muse to play 'Origin Of Symmetry' in full at Reading And Leeds Festivals". NME. UK. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  54. ^ "Lollapalooza: 2011 Line Up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-12. Dicapai pada 2020-04-24.
  55. ^ Muse To Begin Recording New Album In September. Gigwise (10 August 2011). Retrieved on 23 August 2011.
  56. ^ "Exclusive: Muse Manager Anthony Addis Talks New Album, Touring and the Challenges of Conquering America". Billboard.biz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-24. Dicapai pada 2011-10-18.
  57. ^ Muse: 'It feels like it's time to do something radically different on our next album' NME. Retrieved 15 December 2011
  58. ^ "Instagram". Instagram. Dicapai pada 2012-02-28.
  59. ^ http://erato2.files.wordpress.com/2012/02/page0007.jpg[pautan mati kekal]
  60. ^ "Muse publish trailer for their new album". Rekwired. 6 June 2012. Dicapai pada 6 June 2012.
  61. ^ "Fans react to Muse's dubstep-tinged trailer for new album 'The 2nd Law'". NME. IPC Media. 6 June 2012. Dicapai pada 6 June 2012.
  62. ^ Montgomery, James (6 June 2012). "Muse Move Toward Dubstep In Apocalyptic The 2nd Law Trailer". MTV. Viacom. Dicapai pada 6 June 2012.
  63. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-09. Dicapai pada 2020-04-24.
  64. ^ "Muse unveil official Olympic song". BBC. Retrieved 28 June 2012
  65. ^ "New Muse song Survival is the main Olympics song, to premiere today". Rekwired. IPC Media. 27 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-30. Dicapai pada 27 June 2012.
  66. ^ "Gayane Aghababyan: MUSE REVEAL THE 2ND LAW TRACKLISTING". Rekwired.com. 2012-07-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-21. Dicapai pada 2014-01-26.
  67. ^ "The 2nd Law Tracklisting Unveiled". Muse. 13 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-19. Dicapai pada 13 July 2012.
  68. ^ "Muse reveal The 2nd Law tracklisting". Rekwired. 13 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-21. Dicapai pada 13 July 2012.
  69. ^ "Muse beat Mumford & Sons to claim UK Number One album slot". NME.COM. 7 October 2012. Dicapai pada 28 September 2014.
  70. ^ "Mumford & Sons keep Muse from topping Billboard chart". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-01. Dicapai pada 28 September 2014.
  71. ^ "Muse to perform 'Supremacy' with full orchestra and choir at Brit Awards". NME.COM. 26 January 2013. Dicapai pada 28 September 2014.
  72. ^ Sullivan, Kevin P. (4 June 2013). "'World War Z': Brad Pitt Got Muse To Rock Zombie Apocalypse – Music, Celebrity, Artist News". MTV. Dicapai pada 27 June 2013.
  73. ^ Grow, Kory (28 October 2013). "Muse Set Release Date for 'Live at Rome Olympic Stadium'". Rolling Stone. Dicapai pada 28 October 2013.
  74. ^ "NME News Muse reveal plan to start new album in May - NME.COM". NME.COM. 14 April 2014. Dicapai pada 28 September 2014.
  75. ^ "NME News: Matt Bellamy hints at World War 3 theme and guitar solos for new Muse album".
  76. ^ "Instagram: Image of the band in the recording studio with the caption 'Day 1...'".
  77. ^ "Muse working with AC/DC producer on new studio album". NME. Retrieved 3 December 2014
  78. ^ http://instagram.com/p/ysmPkGnXUE/
  79. ^ http://instagram.com/p/ysmFDwHXT4/
  80. ^ Mahurin, Matt (6 February 2015). "MUSE PROJECT". mattmahurin.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-07. Dicapai pada 7 February 2015.
  81. ^ a b Britton, Luke Morgan (11 March 2015). "Muse announce new album 'Drones' for June and confirm live dates beginning Sunday". NME. Dicapai pada 13 March 2015.
  82. ^ "#musedrones". Muse Instagram Account. 2015-03-11. Dicapai pada 2015-03-13.
  83. ^ "Muse - Psycho [Official Lyric Video]". YouTube. 12 March 2015. Dicapai pada 12 March 2015.
  84. ^ "Drones CD & DVD". store.muse.mu/uk. Warner Music. 12 March 2015. Dicapai pada 16 March 2015.
  85. ^ "Muse: Stream New Single 'Mercy' Taken From Seventh Studio Album 'Drones'". Inveterate. 18 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-20. Dicapai pada 18 May 2015.
  86. ^ "Muse to headline Lollapalooza Berlin". Never Enough Notes. Never Enough Notes. 2 June 2015. Dicapai pada 2 June 2015.[pautan mati kekal]
  87. ^ a b Kapanlagi.com. "Ngeri! Dengan 'DRONES' Muse Niat Kalahkan Raihan Taylor Swift". Dicapai pada 2015-06-13.
  88. ^ UK Official Chart. "Muse's Drones heading for Number 1 with massive sales". Dicapai pada 2015-05-13.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]