Jamadilakhir
Penampilan
(Dilencongkan daripada Jamadil Akhir)
Jamadil Akhir (جمد الآخر atau Jumaada al-Akhir and Jumada al-Akhira (جمادى الآخر , yang turut ditransliterasi Ǧumādā al-ʾĀḫir/jumādā al-āḵir, IPA: [d͡ʒʊˈmæːdæ lˈʔæːxɪr]; juga disebut sebagai Ǧamādā alʾĀḫir/jamādā al-āḵir, IPA: [d͡ʒæˈmæːdæ lˈʔæːxɪr]).
Turut dikenal juga sebagai Jumada al-Thani (Arab: جمادى الثاني , juga ditransliterasi Ǧumādā aṮ-Ṯānī, IPA: [d͡ʒʊˈmæːdæ θˈθæːniː]; turut disebut Ǧamādā aṮ-Ṯānī, IPA: [d͡ʒæˈmæːdæ θˈθæːniː]) adalah bulan keenam dalam Takwim Hijrah.
Ini ialah bulan yang keenam dalam bulan-bulan Islam. Asal-usul perkataan daripada kata akar Jumda, yang digunakan untuk menyatakan tanahyang kering: tanah yang tidak ditimpa hujan, lantas menunjukkan yag ini ialah bulan-bulan kering.
Peristiwa penting
[sunting | sunting sumber]- Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan ke-6 dalam kalendar Islam. Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam [[Peperangan Yarmuk]] pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
- Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Uthman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadil Awal.
Ringkasan peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 03 Jamadilakhir, kewafatan Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad ﷺ pada 11H
- 03 Jamadilakhir, kemangkatan Harun al Rashid, Khalifah kelima Abbasiyah
- 10 Jamadilakhir, kemenangan Ali dalam Perang Unta (Jamal)
- 13 Jamadilakhir, Umm ul-Banin meinggal dunia (ibu Abbas ibn Ali)
- 20 Jamadilakhir, kelahiran Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad ﷺ
- 22 Jamadilakhir, kewafatan Khalifah Abu Bakar
- 25 Jamadilakhir, 564H, Salahuddin al-Ayyubi menjadi penguasai di Mesir
Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah |
---|
Muharam | Safar | Rabiulawal | Rabiulakhir | Jamadilawal | Jamadilakhir | Rejab | Syaaban | Ramadan | Syawal | Zulkaedah | Zulhijah |