Wira Kesatuan Soviet
Wira Kesatuan Soviet Герой Советского Союза | |
---|---|
Герой Советского Союза | |
Dianugerahkan oleh Kesatuan Soviet | |
Jenis | Courage award, gelaran kehormatan, highest honors of the USSR |
Dizahirkan | 5 Mei 1934 |
Negara | Kesatuan Soviet |
Reben | Berwarna merah |
Kelayakan | Warganegara, warga asing |
Status | Dihapuskan |
Kelas | Tertinggi |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 1934 |
Pelantikan terakhir | 1988 |
Jumlah lantikan | 12,776 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Wira Buruh Persekutuan Rusia |
Lebih rendah | Wira Pekerja Sosialis |
Setara | Wira Persekutuan Rusia Wira Kazakhstan Wira Belarus |
sunting · sunting di Wikidata |
Gelaran Hero of the Soviet Union (Wira Kesatuan Soviet) (Bahasa Rusia: Герой Советского Союза , Geroy Sovetskogo Soyuza) merupakan penghormatan tertinggi dalam Kesatuan Soviet, dikurniakan secara peribadi atau bersama kerana melakukan aksi kepewiraan yang menakjubkan dalam sumbangan kepada negara Soviet dan masyarakat.
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Anugerah ini telah dizahirkan pada 5 Mei 1934, oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet. Penerima pertama gelaran ini pada asalnya hanya menerima darjah Order of Lenin, iaitu anugerah tertinggi Soviet, berserta dengan sijil (грамота, gramota) yang menerangkan perlakuan kepewiraan daripada Presidium Tertinggi Soviet KRSS. Disebabkan Order of Lenin boleh dikurniakan untuk kelakuan menakjubkan yang tidak melayakkan mereka gelaran wira, dan bagi membezakan para wira daripada pemegang darjah Order of Lenin yang lain, pingat Bintang Emas telah diperkenalkan pada 1 Ogos 1939. Wira-wira terawal adalah layak secara retroaktif untuk pingat ini.
Seorang wira boleh dianugerahkan sekali lagi gelaran ini kerana melakukan aksi kepewiraan yang seterusnya dengan tambahan pingat Bintang Emas dan sijil. Satu darjah tambahan Order of Lenin tidak dikurniakan sehingga tahun 1973. Amalan penganugerahan yang berkali-kali telah dimansuhkan oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet pada tahun 1988 sewaktu zaman perestroika.
Ramai warga asing dianugerahkan gelaran ini.
Gelaran ini juga boleh diberikan selepas kematian, walaupun sering tanpa pemberian pingat Bintang Emas yang sebenar.
Gelaran ini hanya boleh dibatalkan oleh Presidium Tertinggi Soviet.
Penerima terkenal
[sunting | sunting sumber]Penganugerahan sekali
[sunting | sunting sumber]- Joseph Stalin – Setiausaha Agung Parti Komunis (1922–1953) dan Ketua Kerajaan selaku Perdana Menteri KRSS (1941–1953).
- Lavrenty Beria – bekas ketua NKVD dan MVD.
- Yuri Gagarin – Angkasawan dan manusia pertama terbang ke angkasa.
- Nikolai Gerasimovich Kuznetsov – Pegawai tentera laut Soviet dan Komisar Rakyat bagi Tentera Laut semasa Perang Dunia II. Juga Panglima Tertinggi dan Pegawai Utama Tentera Laut Soviet, menjadi Laksamana Armada pada Julai 1945 dan Laksamana Armada Kesatuan Soviet pada Julai 1955 dan sekali lagi (selepas kematian) pada tahun 1988 disebabkan peranannya dalam Tentera Laut semasa perang dan selepas perang.
Penganugerahan dua kali
[sunting | sunting sumber]- Semyon Timoshenko – Komander tentera dan pegawai profesional kanan Tentera Merah, Marshal of the Soviet Union dan Komisar Rakyat bagi Pertahanan Negara.
- Ivan Konev – Marshal of the Soviet Union, Panglima Barisan Ukraine Pertama.
- Konstantin Rokossovsky – Marshal of the Soviet Union, Panglima Barisan Pertama Belorussia, Marsyal Poland dan Menteri Pertahanan Poland, Timbalan Menteri Pertahanan dan Panglima Wilayah Tentera Transcaucasia, Inspektor Jeneral Kementerian Pertahanan Soviet.
- Vasily Chuikov – Jeneral yang bertanggunjawab bagi kemenangan di Stalingrad dan serangan Berlin. Menjadi Marshal of the Soviet Union pada tahun 1955.
- Aleksandr Vasilevsky – Marshal of the Soviet Union dan Ketua Turus Am Soviet dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa Perang Dunia II.
Penganugerahan tiga kali
[sunting | sunting sumber]- Ivan Kozhedub – Juruterbang pesawat pejuang Perang Dunia II yang paling banyak terima pingat; dianggap sebagai "Ace of Aces" pihak Bersekutu Perang Dunia II dengan 62 kemenangan, mengatasi mana-mana juruterbang lain Bersekutu sepanjang peperangan 1939-1945.
- Semyon Budyonny – Komander tentera, Tentera Kavalri 1 dalam Perang Saudara dan kemudian Markas Kavalri Tentera Darat, juga Marshal of the Soviet Union dan dari tahun 1937 hingga 1940, Panglima, Wilayah Tentera Moscow.
Penganugerahan empat kali
[sunting | sunting sumber]- Georgi Zhukov — Komander tentera dan ahli politik yang dipuji dengan banyak kemenangan penting Soviet dalam Perang Dunia II, Panglima Barisan Pertama Belorussia dan Marsyal Kesatuan Soviet.
- Leonid Brezhnev — Setiausaha Pertama, kemudian Setiausaha Agung, CPSU (1964–1982), dan Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet KRSS (1964–1982), juga dikurniakan satu pingat Hero of Socialist Labour; pencapaian terakhir ini telah menjadi sasaran beberapa lawak Rusia. Juga Marshal of the Soviet Union.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wira Kesatuan Soviet |
- (Rusia) Website dedicated to Heroes of the Soviet Union and Russia
- (Rusia) Hero of the Soviet Union Diarkibkan 2006-05-23 di Wayback Machine - an article on the title
- (Rusia) Alley of Heroes of the Soviet Union in Volgograd - history and photos
- (Rusia) Legal Library of the USSR