Hanuman
Teks Hindu |
Śruti
|
Hanoman (Jawi: هنومن ) atau Handoman[1] (Jawi: هندومن, bahasa Sanskrit: हनुमान् Hanumān), juga dikenali sebagai Andoman atau Maruti , ialah antara watak yang dikenali di kalangan penganut agama Hindu serta antara peranan terpenting didalam Puisi epik India, Hikayat Ramayana (dikenali sebagai Seri Rama didalam dunia Melayu). Pencapaiannya yang termasyhur, sebagaimana diceritakan dalam puisi Ramayana, ialah mengepelai sepasukan monyet untuk berperang dengan Rawana (atau Maharaja Wana), raja syaitan. Hanuman juga dikenali sebagai Bajrang (dari Sanskrit, Vajranga) kerana badannya sekeras vajra (Sanskrit untuk "petir" atau "intan"). Sebagai anak kepada Anjana, Hanuman juga dikenali sebagai Anjaneya yang membawa maksud "berasal daripada Anjana".
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Menurut legenda, Hanuman dilahirkan oleh Anjana yang merupakan apsara (bidadari) yang bernama Punjikasthala. Diakibatkan oleh suatu sumpahan, Punjikasthala dilahirkan semula ke dunia sebagai seorang monyet. Bagaimanapun, sumpahan itu hilang sebaik sahaja Anjana melahirkan jelmaan dewa Siwa.[2] Tempat kelahiran Hanuman tidak dapat dipastikan, dengan tempat-tempat yang berikut merupakan tempat yang mungkin:
- Bukit Anjaneri di banjaran gunung Brahmagiri yang berhampiran dengan Trimbakeshwar, Maharashtra;
- Bukit Anjaneya di Hampi, Karnataka, berhampiran dengan gunung Risyamukha di tebing Sungai Pampa, tempat pertemuan Sugriva dengan Sri Rama. Terdapat sebuah kuil yang dikatakan menandakan tempat kelahiran Hanuman.
- Anjan,[3] sebuah perkampungan kecil, kira-kira 18 kilometer dari Gumla melalui Toto. Nama kampung itu mungkin berasal daripada nama ibu Hanuman, Anjani. Gua Aanjani, tempat kediaman Anjani, terletak di sebuah bukit, 4 kilometer dari perkampungan tersebut. Banyak objek yang penting daripada segi arkeologi telah diperoleh di sana dan kini disimpan di muzium Patna. Terdapat juga sebuah arca Anjani dengan Hanuman di atas pahanya berhampiran Gua Aanjani.
Terdapat juga pelbagai kisah yang berbeza tentang kelahiran Hanuman:
- Bersama suaminya, Kesari, Anjana berdoa dengan tekun kepada dewa Siwa untuk mendapatkannya sebagai anak. Gembira dengan doa mereka, Siwa mengurniakan Anjana dan suaminya apa yang diminta.[4] Oleh itu, Hanuman juga dikenali sebagai Maharudra kerana dia dilahirkan daripada kurniaan Siwa yang juga dikenali sebagai Rudra. Ramayana Valmiki (Yuddha Kanda) mengatakan bahawa Kesari ialah anak lelaki Respati dan dia bertempur di sisi Rama dalam perang terhadap Rawana.
- Pengikut aliran Dvaita menganggap Hanuman sebagai anak dewa Bayu iaitu dewa angin. Apabila Rawana mencuba memasuki Kailash (tempat kediaman Siwa), dia menggelar Siwa sebagai "monyet". Sebagai balasan, Siwa menyumpah Rawana bahawa seekor monyet akan membakar kota Langkapuri lalu mengambil bentuk Hanuman.
- Anjana sedang bersembahyang kepada dewa Siwa di hutan sewaktu Dasharatha, raja Ayodhya, sedang mengadakan Yagna Putrakama di istananya bagi dikurniakan anak. Dasharatha menerima payasam (puding suci) untuk dikongsi antara ketiga-tiga isterinya dan dengan itu, melahirkan Rama, Lakshmana, Bharata, dan Shatrughna. Menerusi campur tangan dewa, sebuah layang-layang menyambar secebis puding dan menggugurkannya semasa berterbangan merentasi hutan yang Anjana sedang bersembahyang. Vayu, dewa angin, menghantar puding yang digugurkan itu ke dalam tapak tangan Anjana yang terbuka. Selepas memakan puding itu, Hanuman dilahirkannya.[5]
Sri Aurobindo mengatakan bahawa "vanara" tidak merujuk kepada "monyet" ringkasannya: Prajapati menjelma sebagai jelmaan Wisnu Upendra di dalam haiwan (Pashu) yang empat Manu telahpun dijelmakan. Vanara, manusia pertama yang muncul dalam Kalpa ini bukannya beruk tetapi manusia dengan sifat beruk, iaitu manusia primitif seperti Homo erectus.
Rujukan kepada Hanuman dalam kesusasteraan klasik boleh dijumpai seawal abad ke-5 SM hingga abad ke-1 SM dalam Astadhyayi yang dikarang oleh Panini, Abhiseka Nataka, Pratima Nataka, dan Raghuvamsa (Kālidāsa).
Zaman moden
[sunting | sunting sumber]Terdapat banyak tokoh yang mendakwa mereka pernah melihat Hanuman pada zaman moden, khususnya Madhvacharya (abad ke-13), Tulsidas (abad ke-16), Sri Ramdas Swami (abad ke-17), Raghavendra Swami (abad ke-17), dan Swami Ramdas (abad ke-20). Orang-orang yang lain juga menyatakan kehadirannya di mana-mana sahaja Hikayat Ramayana dibaca.
यत्र यत्र रघुनाथ कीर्तनम् तत्र तत्र क्रित मस्तक अन्जलिं बष्पावरी परीपूर्ण लोचनम् मारुतिं नमश्च राक्षस अंतकम्।
yang membawa pengertian:
Bahawa di mana-mana sahaja perbuatan Sri Rama dinyanyikan,
Di semua tempat itulah yang akan Hanuman titiskan air mata kasih sayang dan kegembiraan,
Di semua tempat itulah yang akan kehadhirannya menghapuskan ketakutan terhadap syaitan.
Ini juga boleh didapati di dalam banyak teks yang lain seperti Vinaya Patrika oleh Tulsidas, Mahabharata oleh Ved Vyasa, Anand Ramayan, dan banyak teks yang lain, dengan sedikit perbezaan dalam bahasa/ayat. Juga di tempat-tempat yang upacara suci Ramayanpath diadakan, terdapat puja dan ruang (atau asan) khusus yang dikhaskan untuk Hanuman.
Adalah dipercayai bahawa dalam zaman Kali Yuga ini, terdapat tiga kuasa yang Jagrit, iaitu aktif daripada segi kesedaran:
- Shree ramdut Hanuman
- Maa Kali
- Shri Bhairav.
Ketiga-tiga kuasa itu adalah serupa. Bagaimanapun, fakta bahawa semasa salah satu puisi doha Shree Hanuman Chalisa, Maa Sita berkata, "Asth sidhi Nau nidhi ke data, as bar din Janaki Mata" (kuasa Dewi juga diberikan kepada Hanuman dan menyebabkannya menjadi Jagrit yang paling berkuasa antara semua).
Tenaga Hanuman tak Terhingga dan sebagai Tuan Marikh, (dengan salah satu contoh unggul merupakan darah di dalam badan manusia), gita puja yang berikut dibaca agar dilimpahi rahmat Hanuman:
" Laal Deh Lali lase, Arudhar Lal Langoor, Vajra deh danav dalan, jai jai jai kapi sur."
Sinkretisme
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Melayu Kedah pernah percaya kepada kewujudan suatu "hantu doman" (Jawi: هنتو دومن) yang terilham daripada dewa ini tetapi tampil berkepala anjing atau kuda.[6][7]
Galeri
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kuil Hanuman
- Valmiki
- Hanuman Chalisa
- Bhima
- Madhvacharya
- Sun Wukong - watak fiksyen klasik Cina popular yang juga dikenali sebagai Raja Monyet
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Handoman". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 394 – melalui TROVE, National Library of Australia.
- ^ Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5
- ^ NIC: Anjan, Gumla
- ^ Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5
- ^ Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" pp. 5-6
- ^ Wilkinson, R. J. (1932). "Some Malay Studies". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 10 (1 (113)): 134–5. ISSN 2304-7550.
- ^ Gimlette, John Desmond (1923). Malay Poisons and Charm Cures. London: J. & A. Churchill. m/s. 21–2.
- Sri Ramakrishna Math (1985): Hanuman Chalisa. Chennai (India): Sri Ramakrishna Math. ISBN 81-7120-086-9.
- Mahabharata (1992). Gorakhpur (India): Gitapress.
- Anand Ramayan (1999). Bareily (India): Rashtriya Sanskriti Sansthan.
- Swami Satyananda Sarawati: Hanuman Puja. India: Devi Mandir. ISBN 1-887472-91-6.
- The Ramayana Smt. Kamala Subramaniam. Published by Bharatiya Vidya Bhavan (1995). ISBN 8172764065
- Hanuman - In Art, Culture, Thought and Literature by Shanti Lal Nagar (1995). ISBN 81-7076-075-3
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Lord Hanuman oleh Swami Siwananda
- Kehidupan Hanuman
- Sri Viswaroopa Panchamukha Hanuman Ashram, Tiruvallur,India