Spesimen
Penampilan
Dalam bidang biologi, spesimen ialah haiwan, sebahagian haiwan, tumbuhan, sebahagian tumbuhan, atau mikroorganisma yang digunakan sebagai contoh untuk mengkaji sifat seluruh populasi bagi spesies atau subspesies yang berkenaan. Apabila sesuatu takson diperikan, ia biasanya berdasarkan satu spesimen tunggal yang digelar holotip. Spesimen juga boleh merujuk kepada:
Dalam makmal perubatan
Dalam bidang batuan, permata, dan mineral
- Ini boleh merupakan apa-apa batuan, permata, atau mineral yang diambil dari bumi, daripada jasper sehingga berlian.
Dalam bidang tipografi
- Spesimen taip ialah terbitan yang menunjukkan semua glif yang sedia ada dalam sesuatu muka taip, termasuk kelainan yang digunakan untuk huruf kembar dan hiasan khusus.
- Dalam bidang pengecaman tulisan tangan, analisis tulisan tangan forensik, dan pengesahan tandatangan, istilah sampel merujuk kepada spesimen tulisan tangan.
- Bank Pusat menghantar apa yang digelar nota bank spesimen (atau secara mudah, spesimen) kepada bank yang lain sebelum mengeluarkan nota bank yang baharu. Untuk mengelakkannya digunakan sebagai wang sah, nota bank itu ditebuk dan:
- diberi nombor siri .9999999999 (kesemuanya sembilan) atau 0000000000 (kesemuanya sifar); atau
- dicetak tindih dengan perkataan "Spesimen" atau "Dibatalkan" dalam mana-mana satu bahasa.
Rujukan
- Hauser, Steiner, Holstein & Scoble. eds. 2005. Digital Imaging of Biological Type Specimens: A Manual of Best Practice. State Museum of Natural History. ISBN 3000172408
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Spesimen |