Pergi ke kandungan

Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan akut teruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Ralat Lua pada baris 156 di Modul:Autotaxobox: attempt to index a nil value.
Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
imej mikroskop elektron bagi SARS virion
Pengelasan virus e
Spesies:
Strain:
Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
Sinonim
  • koronavirus SARS
  • koronavirus berkaitan SARS
  • Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk[1]

SARS-CoV atau SARSr-CoV (Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk) ialah virus yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).[2] Pada 16 April 2003, setelah SARS merebak di Asia dan kes kedua di tempat lainnya di serata dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa koronavirus yang dikenalpasti oleh beberapa makmal, ialah sebagai penyebab rasmi SARS. Sampel virus tersebut disimpan di makmal Bandar Raya New York, San Francisco, Manila, Hong Kong, dan Toronto

Pada 12 April 2003, ahli sains yang bekerja di Pusat Sains Genom Michael Smith di Vancouver selesai memetakan urutan genetik virus korona yang diyakini berkaitan dengan SARS. Pasukan ini diketuai oleh Dr. Marco Marra, berkolaborasi dengan Pusat Kawalan Penyakit dan Makmal Mikrobiologi Kebangsaan British Columbia di Winnipeg, Manitoba, menggunakan sampel dari pesakit yang dijgkiti di Toronto. Peta tersebut, dipuji oleh WHO sebagai langkah maju yang penting dalam memerangi SARS, dibahagikan kepada para ilmuwan di seluruh dunia melalui laman web GSC. Dr. Donald Low dari Hospital Mount Sinai di Toronto menggambarkan penemuan tersebut dibuat dengan "kecepatan yang belum pernah terjadi sebelumnya".[3] Sejak itu urutan koronavirus SARS telah disahkan oleh kumpulan bebas yang lain.

Koronavirus SARS ialah salah satu dari beberapa virus yang dikenalpasti oleh WHO sebagai kemungkinan penyebab wabak di masa depan setelah wabak Ebola, sehingga penyelidikan dan pembangunan diperlukan secepat mungkin, sebelum dan selepas wabak terhadap ujian diagnostik, vaksin, dan ubat-ubatan.[4][5]

Rujukan

  1. ^ "ICTV Taxonomy history: Severe acute respiratory syndrome-related coronavirus" (html). International Committee on Taxonomy of Viruses (ICTV) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 January 2019.
  2. ^ Thiel V (editor). (2007). Coronaviruses: Molecular and Cellular Biology (ed. 1st). Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-16-5.
  3. ^ "B.C. lab cracks suspected SARS code". CBCNews, Canada. April 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-26.
  4. ^ Kieny, Marie-Paule. "After Ebola, a Blueprint Emerges to Jump-Start R&D". Scientific American Blog Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 13 December 2016.
  5. ^ "LIST OF PATHOGENS". World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 13 December 2016.

Sumber

Pautan luar