Pergi ke kandungan

Busana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Busana merupakan sebuah rancangan berbentuk fesyen berlandaskan Islam yang ditayangkan di TV9 setiap Ahad jam 1.00 petang.

Program ini memaparkan perkembangan dunia fesyen Islam dan rekaan terbaru dari pereka fesyen terkenal dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan juga negara Timur Tengah.

Program ini bertujuan memperkenalkan Kuala Lumpur dan Jakarta sebagai pusat perkembangan fesyen dunia Islam seumpama dengan kota Milan atau Paris bagi fesyen antarabangsa. Ini juga bertepatan penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yang akan dianjurkan tidak lama lagi antara TV9 dan Nusantara Gems.