29 Februari
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut takwim Gregorius. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.
Peristiwa
- 1504 - Christopher Columbus memperalatkan kejadian gerhana bulan malam itu agar menggesa Pribumi Amerika menyumbangkan bekalan kepadanya.
- 1704 - Angkatan Perancis dan orang asli Amerika bergabung memusnahkan Deerfield, Massachusetts semasa Perang Ratu Anne.
- 1712 - 29 Februari diikuti oleh 30 Februari di Sweden, sebagai langkah memansuhkan takwim Sweden agar kembali ke takwim Julius (gambar).
- 1720 - Ratu Ulrika Eleonora dari Sweden turun takhta untuk memberi laluan kepada suaminya, yang menjadi Frederick I.
- 1892 - St. Petersburg, Florida ditubuhkan.
- 1916 - Buruh kanak-kanak: Di negeri Carolina Selatan, usia bekerja minima bagi pekerja kilang dan lombong dinaikkan dari 12 hingga 14 tahun.
- 1940 - Kerana peranannya selaku Mammy dalam filem Gone with the Wind, Hattie McDaniel menjadi orang Amerika Afrika pertama yang memenangi Oscar.
- 1940 - Finland memulakan rundingan damai Perang Musim Sejuk.
- 1940 - Dalam upacara yang diadakan di Berkeley, California kerana peperangan, ahli fizik Ernest Lawrence menerima Hadiah Nobel dalam Fizik 1939 dari Jeneral Konsul Sweden di San Francisco.
- 1944 – Perang Pasifik: Kempen Kepulauan Admiralti bermula apabila tentera Amerika Syarikat menyerang pangkalan Jepun di Pulau Los Negros, di pantai tanah besar Papua New Guinea.
- 1952 - Pulau Heligoland diserahkan semula kepada penguasaan Jerman.
- 1960 - Gempa bumi di Maghribi meragut lebih 3,000 nyawa dan hampir meranapkan bandar Agadir di selatan negara itu.
- 1964 - Di Sydney, perenang Australia Dawn Fraser mencatat rekod dunia baru dalam acara lumba renang gaya bebas 100 meter (58.9 saat).
- 1972 - Perang Vietnam: Korea Selatan mengundurkan 11,000 dari 48,000 orang tenteranya dari Vietnam.
- 1972 - Hank Aaron menjadi pemain pertama yang menandatangani kontrak bernilai $200,000 dalam sejarah Major League Baseball.
- 1984 - Perdana Menteri Kanada Pierre Trudeau mengumumkan persaraannya sebaik sahaja Parti Liberal boleh memilih pemimpin baru.
- 1988 - Ketua biskop Afrika Selatan Desmond Tutu (gambar) ditahan bersama 100 orang paderi lain dalam tunjuk perasaan anti-aparteid lima hari di Cape Town.
- 1996 - Sebuah pesawat Boeing 737 dari Peru terhempas di Banjaran Andes. 123 orang terkorban.
- 2004 - Jean-Bertrand Aristide meletak jawatan sebagai Presiden Haiti berikutan pemberontakan besar-besaran.
Siapa yang lahir pada 29 Februari hanya akan sambut hari lahirnya pada tahun lompat sahaja.
Kematian
- 1956 - Elpidio Quirino, Presiden Filipina ke-6