Pergi ke kandungan

Naruto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Naruto merupakan siri manga/anime Jepun yang amat popular di seerata dunia, hasil karya Masashi Kishimoto. Manga ini mengisahkan pengembaraan seorang pelatih ninja muda yang nakal bernama Uzumaki Naruto yang bersungguh-sungguh meraih penerimaan dan pengiktirafan masyarakat.

Manga Naruto julung kalinya muncul pada November 1999 dalam majalah Shonen Jump terbitan Shueisha di Jepun, manakala animenya muncul di TV Tokyo, juga di negara matahari terbit itu, pada Oktober 2002. Kelarisan siri manga/anime ini sering dibandingkan dengan kejayaan anime klasik yang lain seperti Dragon Ball Z.

Kisah

12 tahun sebelum peristiwa-peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor musang syaitan berekor sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang Konoha/Kampung Daun. Musang tersebut mengancam nyawa beratus-ratus orang serta memusnahkan harta benda di kampung tersebut, sehinggalah ketua kampung, Hokage Keempat, mengorbankan dirinya untuk menewaskan raksasa terebut dan menyimpan kuasa semangatnya dalam badan seorang bayi. Bayi tersebutlah adalah watak utama siri ini, Uzumaki Naruto.

Naruto terpaksa mengharungi keperitan sepanjang zaman kanak-kanaknya kerana dipandang serong oleh masyarakat Konoha kerana roh musang yang dipendam dalamnya, meskipun Hokage Keempat mengeluarkan arahan agar tidak menghebohkan cerita lama itu lagi. Maka, kelakuan dan perangai Naruto makin hari makin nakal jadinya. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Sekolah Ninja setelah menguasai Teknik Pembahagian Badan (多重影分身の術/Taju Kage Bunshin no Jutsu), menyebabkan masyarakat setempat mula menerimanya sebagai sebahagian daripada mereka dengan hati terbuka.

Watak-watak

Setelah tamat pengajian di Sekolah Ninja, para pelatih institusi tersebut menjalani ujian getir yang boleh membawa maut namun menjanjikan kenaikan taraf bagi para pelatih yang berjaya. Para pelatih dibahagikan kepada pasukan bertiga dan setiap pasukan itu di bawah pimpinan seorang mahaguru (Jōnin/上忍, bermaksud "ninja atasan").

Watak utama

Naruto, Sasuke dan Sakura merupakan tiga watak utama tersebut yang berganding bahu membentuk Pasukan Ke-7 dalam ujian ilmu ninja yang amat getir setelah tamat pengajian awal mereka di Sekolah Ninja Konoha di bawah pimpinan seorang guru baru bernama Hatake Kakashi.

  • Uzumaki Naruto (うずまきナルト) - watak utama siri manga/anime yang dipercayai memendamkan roh musang syaitan berekor sembilan dalam jasadnya.Seorang yang perwatakan nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi.
  • Uchiha Sasuke (うちはサスケ) - Lelaki yang digilai oleh Sakura dan Ino,mula-mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan bermesra dengannya.Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya.
  • Haruno Sakura (春野サクラ) - gadis yang menjadi tumpuan Naruto untuk memikat teman perempuan semenjak daripada bangku sekolah lagi, namun Sakura cintakan Sasuke.
  • Hatake Kakashi (はたけカカシ) - Pemimpin kepada Pasukan Ke-7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata sakti Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam memori teknik ninja lawan yang diperhatikannya.

Pelatih dan Pengajar di Sekolah Ninja yang lain

Pasukan Asuma

  • Yamanaka Ino (山中いの) - dipandang sebagai seorang pesaing oleh Sakura, namun ada kalanya bermesra.
  • Nara Shikamaru (奈良シカマル)
  • Akimichi Chouji (秋道チョウジ) - berbadan gemuk dan gelojoh dalam pemakanannya.

Ketiga-tiga ninja muda di atas bergabung dalam sepasukan di bawah pimpinan Asuma.

Pasukan Gai

  • Rock Lee (ロック・リー) - kurang mahir dalam seni ninja, tetapi mahir dalam seni taijutsu ajaran gurunya, Maito Gai.
  • Hyūga Neji (日向ネジ) - berasal daripada puak Hyūga yang mahir dalam teknik Mata Putih.
  • Tenten (テンテン)

Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Maito Gai.

  • Maito Gai (マイト・ガイ) - mempunyai persona yang luar biasa dan menonjol, serta karisma yang kuat bagi seorang mahaguru ninja.

Pasukan Yuhi Kurenai

  • Hyūga Hinata (日向ヒナタ) - gadis yang pemalu namun mempunyai kekuatan terpendam.
  • Inuzuka Kiba (犬塚キバ) - mahir dalam penguasaan anjing ninja dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sekuat anjing, ditemani anjing belaannya bernama Akamaru (赤丸).
  • Aburame Shino (油女シノ) - boleh mengawal serangga

Ketiga-tiga watak ini pula digabungkan di bawah pimpinan Yuhi Kurenai.

Adik-beradik Pasir

  • Gaara (我愛羅) - bakal Kazekage baru yang pernah mengharungi zaman kanak-kanak yang perit seperti Naruto. Dia digeruni orang ramai kerana kuasa pasir yang amat kuat sehingga mampu menggugat nyawa lawannya.
  • Temari - kakak kepada Gaara dan yang sulung antara ketiga-tiga adik-beradik ini.
  • Kankuro - abang kepada Gaara, adik kepada Temari.

Guru Ninja yang Lain

  • Umino Iruka (うみのイルカ) Pelatih pertama Naruto dan satu-satunya manusia yang berani dapat berhubung dengan Naruto sepanjang zaman kanak-kanaknya, sebelum diterima rakyat jelata pada pertengahan kisah cerita ini.
  • Jiraiya (自来也) yang bergelar "pertapa katak" (蝦蟇仙人/Gama Sennin) kerana kemahirannya menyeru katak puru gergasi melalui ilmu sakti. Dia juga terkenal dengan perangainya yang kaki perempuan, maka juga digelar "pertapa gatal" (エロ仙人/Ero Sennin)

Pemimpin Ninja

  • Hokage Ketiga (Sandaime Hokage/三代目火影) - ketua kampung Konoha ketika peristiwa terpenting cerita Naruto.
  • Konohamaru (木ノ葉丸) - cucu Hokage Ketiga yang amat nakal dan ingin bersaing dengan Naruto untuk menjadi pewaris datuknya.

Watak Jahat

  • Haku (白) berasal daripada Negara Air (水の国/Mizu no Kuni). Mengharungi zaman kanak-kanak yang perit seperti Naruto, dia

menguasai teknik ninja yang boleh mengancam nyawa lawannya, khususnya "Cermin Ais". Asalnya dia disalah anggap sebagai perempuan oleh orang ramai, termasuk Naruto sendiri.

  • Momochi Zabuza (桃地再不斬) merupakan pembantu Haku dan seorang pembunuh yang tidak berperikemanusiaan. Terkenal dengan teknik Kabus Persembunyian, Perangkap Air dsb.
  • Gato (ガトー) pemimpin kongsi gelap yang memeras Negara Ombak (波の国/Nami no Kuni) dan penduduknya.
  • Orochimaru (大蛇丸) merupakan penjahat yang penuh muslihat dan tiada peri kemanusiaan yang terkenal dengan ilmu ninjanya yang berasaskan ular yang berbisa.
  • Uchiha Itachi (うちはイタチ) merupakan abang kepada Uchiha

Sasuke dan penjahat yang paling dikehendaki oleh Konoha.

Pautan Luar

Laman Web Rasmi/Berita

Lain-lain