Pergi ke kandungan

Naruto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naruto
Fail:Narutosplash.jpg
Haruno Sakura, Uzumaki Naruto, and Uchiha Sasuke from left to right
GenreAksi, Pengembaraan, Komedi, Drama, Shōnen
Diciptakan olehMasashi Kishimoto
Anime
PengarahHayato Date
StudioStudio Pierrot
Penyiaran AsalJapan TV Tokyo (in Japanese)
United States Cartoon Network (in English)
Canada YTV (in English)
Korea Tooniverse (in Korean)
France GameOne (in French)
Hong Kong TVB Music (formerly on tvbQ) (in Cantonese)
Philippines ABS-CBN, HERO TV, and Studio 23 (in Tagalog)
Singapore E City (in Chinese)
Malaysia TV3 (in Malay)
Indonesia GlobalTV (in Indonesian)
Dikeluarkan padaOctober 3 2002Ongoing
Related works

Naruto: Find the Crimson Four-leaf Clover! (OVA)
Naruto: Battle at Hidden Falls. I am the Hero! (OVA)
Naruto: Finally a clash! Jōnin VS Genin!! Indiscriminate grand melee tournament meeting!! (OVA)
Naruto the Movie: Snow Princess' Book of Ninja Arts
Naruto the Movie 2: The Illusionary Ruins at the Depths of the Earth
Naruto the Movie 3: Animal Panic on Crescent Moon Island (currently in production)

Portal Anime dan Manga

Naruto merupakan siri manga/anime Jepun yang amat popular di seerata dunia, hasil karya Masashi Kishimoto. Manga ini mengisahkan pengembaraan seorang pelatih ninja muda yang nakal bernama Uzumaki Naruto yang bersungguh-sungguh meraih penerimaan dan pengiktirafan masyarakat.

Manga Naruto julung kalinya muncul pada November 1999 dalam majalah Shonen Jump terbitan Shueisha di Jepun, manakala animenya muncul di TV Tokyo, juga di negara matahari terbit itu, pada Oktober 2002. Kelarisan siri manga/anime ini sering dibandingkan dengan kejayaan anime klasik yang lain seperti Dragon Ball Z.

Kisah

12 tahun sebelum peristiwa-peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor rubah syaitan berekor sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang Konoha/Kampung Daun. Musang tersebut mengancam nyawa beratus-ratus orang serta memusnahkan harta benda di kampung tersebut, sehinggalah ketua kampung, Hokage Keempat, mengorbankan dirinya untuk menewaskan raksasa terebut dan menyimpan kuasa semangatnya dalam badan seorang bayi. Bayi tersebutlah adalah watak utama siri ini, Uzumaki Naruto.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menimbulkan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, ini tidak menghentikan pendudukan kampung untuk mengetepikan Naruto sebagai orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami kenapa ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu, melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Sekolah Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagian Badan (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan cikgunya, Umino Iruka, dari Mizuki

Naruto mengekalkan satu keseimbangan diantara drama dan komedi, dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja. Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan. Kedua satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto, ataupun sebenarnya, rubah berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto.

Watak-watak

Setelah tamat pengajian di Sekolah Ninja, para pelatih institusi tersebut menjalani ujian getir yang boleh membawa maut namun menjanjikan kenaikan taraf bagi para pelatih yang berjaya. Para pelatih dibahagikan kepada pasukan bertiga dan setiap pasukan itu di bawah pimpinan seorang mahaguru (Jōnin/上忍, bermaksud "ninja atasan").

Watak utama

Naruto, Sasuke dan Sakura merupakan tiga watak utama tersebut yang berganding bahu membentuk Pasukan Ke-7 dalam ujian ilmu ninja yang amat getir setelah tamat pengajian awal mereka di Sekolah Ninja Konoha di bawah pimpinan seorang guru baru bernama Hatake Kakashi.

  • Uzumaki Naruto (うずまきナルト) - watak utama siri manga/anime yang dipercayai memendamkan roh musang syaitan berekor sembilan dalam jasadnya.Seorang yang perwatakan nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi.
    Salah satu teknik kesukaan
  • Uchiha Sasuke (うちはサスケ) - Lelaki yang digilai oleh Sakura dan Ino,mula-mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan bermesra dengannya.Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya.
  • Haruno Sakura (春野サクラ) - gadis yang menjadi tumpuan Naruto untuk memikat teman perempuan semenjak daripada bangku sekolah lagi, namun Sakura cintakan Sasuke.
  • Hatake Kakashi (はたけカカシ) - Pemimpin kepada Pasukan Ke-7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata sakti Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam memori teknik ninja lawan yang diperhatikannya.

Pelatih dan Pengajar di Sekolah Ninja yang lain

Pasukan Asuma

  • Yamanaka Ino (山中いの) - Ino merupakan kawan Haruno Sakura pertama dan membantu Sakura membentuk identiti diri. Mereka menjadi kawan baik. Tetapi kemudian Sakura mula menyukai Uchiha Sasuke, lelaki idaman rahsia Ino. Apabila Sakura mendapat tahu, dia telah menamatkan hubungan mereka dan menjadi musuh ketat untuk mendapatkan perhatian Sasuke.
  • Nara Shikamaru (奈良シカマル) - Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap Genin yang malas dan bijak. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah Kagemane no Jutsu (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang strategis yang bijak, dan sering bermain Go dan Shōgi dengan senseinya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah mengalahkan dia. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru adalah amat rendah, tetapi Shikamaru adalah amat pandai dalam permainan Go dan Shōgi. Jeturus itu, Asuma memberi satu ujian IQ yang dia mengatakan kepada Shikamaru merupakan satu permainan, menunjukan Shikamaru merupakan seorang genuis dengan IQ melebihi 200. Shikamaru malas menjawab soalan ujian dan selalu tidur dalam ujian, menyebabkan dia mendapat markah rendah dalam ujian. Shikamaru mempunyai persahabatan yang lama dengan Akimichi Chōji. Kerjasama mereka tidak dapat ditandingi.
  • Akimichi Chouji (秋道チョウジ) - Akimichi Chōji berasal dari puak Akimichi, salah satu dari empat puak penting di Konohagakure. Sebagai seorang dari puak Akimichi, Choji telah mempelari teknik rahsia puaknya, iaitu "Baika no Jutsu ("Teknik Pelbagai Size")", dan teknik lain yang berkaitan. Dia dimotivasikan dengan makanan, dan benci bila orang memanggilnya gemuk. Namum demikian, dia tidak menyembunyikan bahawa dia suka makan, dan memakai baju yang tertulis "makanan".

Ketiga-tiga ninja muda di atas bergabung dalam sepasukan di bawah pimpinan Asuma.

Pasukan Gai

  • Rock Lee (ロック・リー) - Rock Lee merupakan pakar taijutsu dan merupakan seorang yang gigih. Kerana tidak boleh mengunakan ninjutsu (teknik ninja) ataupun genjutsu (teknik ilusi), dia sering diketawakan kerana kekurangannya, dia telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap taijutsu (seni mempertahankan diri) dibawah naungan senseinya, Maito Gai. Melalui latihan, dia menjadi amat kuat dalam bidang taijutsu sehingga dibenarkan lulus dalam akedemy ninja. Tidak mengira siapa pihak lawannya, dia menunjukkan tanda hormat kepada mereka.
  • Hyūga Neji (日向ネジ) - berasal daripada puak Hyūga yang mahir dalam teknik Mata Putih(Byakugan)
  • Tenten (テンテン)

Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Maito Gai.

  • Maito Gai (マイト・ガイ) - mempunyai persona yang luar biasa dan menonjol, serta karisma yang kuat bagi seorang mahaguru ninja.

Pasukan Yuhi Kurenai

  • Hyūga Hinata (日向ヒナタ) - gadis yang pemalu namun mempunyai kekuatan terpendam.
  • Inuzuka Kiba (犬塚キバ) - mahir dalam penguasaan anjing ninja dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sekuat anjing, ditemani anjing belaannya bernama Akamaru (赤丸).
  • Aburame Shino (油女シノ) - boleh mengawal serangga

Ketiga-tiga watak ini pula digabungkan di bawah pimpinan Yuhi Kurenai.

Pasukan Pasir

  • Gaara (我愛羅) - Gaara merupakan anak termuda Kazekage keempat, maka merupakan adik kepada Temari dan Kankurō. Kerana keadaan negara Sunagakure yang lemah, Kazekage keempat menyuruh Chiyo untuk mengunakan sejenis jutsu untuk Shukaku merasuk ke dalam Garaa, agar anaknya menjadi senjata terkuat untuk melindungi Sunagakure. Kerana rasukan ini, ibu Gaara, Kurara, mati semasa melahirkan Garaa. Sebelum dia mati, Kurara menyumpah Sunagakure, mengharapkan Garaa akan membalas kematiannya. Garaa dilatih oleh ayahnya, tetapi dijaga oleh pakciknya, Yashamaru. Untuk enam tahun, Garaa berasa hanya Yashamaru menyayangi dia, kerana dia digeruni keluarganya dan penduduk kampung. Bila Garaa berumur enam tahun, ayah Garaa menyuruh Yashamaru untuk membunuhnya. Kazekage berasa Garaa telah menjadi satu eksperimen yang telah gagal, dan menjadi satu bahaya kepada penduduk kampung lain. Garaa telah mencedera-parahkan pembunuh itu sebelum menyedari dia adalah Yashamaru. Sebelum Yashamaru mati, dia mendedahkan bahawa dia tidak pernah sayang Garaa kerana Garaa telah mengakibatkan kematian kakaknya, Kurara. Yashamaru juga mendedahkan sumber nama Garaa: 我を愛する修羅, (Ware wo ai suru shura, "raksasa yang hanya menyayangi dirinya"). Untuk enam tahun yang seterusnya, Garaa menjadi mangsa cubaan pembunuhan keatas dirinya, semua diperintah oleh ayahnya.
  • Tenmari - satu kumpulan dengan Gaara dan yang paling tua antara ketiga-tiga mereka.
  • Kankuro -

Guru Ninja yang Lain

Uchiha Itachi
  • Umino Iruka (うみのイルカ) Guru pertama Naruto dan satu-satunya manusia yang berani berhubung dengan Naruto sepanjang zaman kanak-kanaknya, sebelum diterima rakyat jelata pada pertengahan kisah cerita ini.
  • Jiraiya (自来也) yang bergelar "pendeta katak" (蝦蟇仙人/Gama Sennin) kerana kemahirannya menyeru katak gergasi melalui ilmu sakti. Dia juga terkenal dengan perangainya yang kaki perempuan, maka juga digelar "pendeta gatal" (エロ仙人/Ero Sennin)

Pemimpin Ninja

  • Hokage Ketiga (Sandaime Hokage/三代目火影) - ketua kampung Konoha ketika peristiwa terpenting cerita Naruto.
  • Konohamaru (木ノ葉丸) - cucu Hokage Ketiga yang amat nakal dan ingin bersaing dengan Naruto untuk menjadi pewaris datuknya.

Watak Jahat

Orochimaru, watak jahat dalam siri anime Naruto.
Organisasi jahat Akatsuki.
  • Haku (白) berasal daripada Negara Air (水の国/Mizu no Kuni). Mengharungi zaman kanak-kanak yang perit seperti Naruto, dia

menguasai teknik ninja yang boleh mengancam nyawa lawannya, khususnya "Cermin Ais". Asalnya dia disalah anggap sebagai perempuan oleh orang ramai, termasuk Naruto sendiri.

  • Momochi Zabuza (桃地再不斬) merupakan ketua kepada Haku dan seorang pembunuh yang tidak berperikemanusiaan. Terkenal dengan teknik Kabus Persembunyian, Perangkap Air dsb.
  • Gatou (ガトー) pemimpin kongsi gelap yang memeras Negara Ombak (波の国/Nami no Kuni) dan penduduknya.
  • Orochimaru (大蛇丸) merupakan penjahat yang penuh muslihat dan tiada peri kemanusiaan yang terkenal dengan ilmu ninjanya yang berasaskan ular yang berbisa.
  • Uchiha Itachi (うちはイタチ) merupakan abang kepada Uchiha Sasuke dan penjahat yang paling dikehendaki oleh Konoha.Dia telah membunuh semua kaum Uchiha dan meniggalkan Uchiha Sasuke hidup.Dia telah memasuk sebuah organisasi jahat iaitu Kumpulan Akatsuki(暁).
3 Leganda Sannin semasa muda bersama Guru Sarutobi(猿飛)atau Hokage ke-3(猿飛).
  • Hoshigaki Kisame (干柿鬼鮫) Salah satu Kumpulan organisasi jahat iaitu Akatsuki.Mengikut Itachi untuk meculik Uzumaki Naruto.Badan yang bersirip Jerung.Dia telah dikalahkan oleh Jiraiya semasa menculik Naruto.

Pautan Luar

Laman Web Rasmi/Berita

Lain-lain