Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:
Carilah maklumat lanjut mengenai adil di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

sunting

adil

  1. yang atau dengan berdasarkan pertimbangan yang wajar atau berpatutan, tidak memihak ke mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dsb), tidak sewenang-wenang.
  2. tidak melebihi atau kurang daripada yang sewajarnya, sepatutnya.

Kata terbitan

sunting
  • mengadili: menimbangkan dengan saksama serta memutuskan, memeriksa dan menghukum orang dengan adil.
  • keadilan: sifat (perbuatan, tindakan dsb) yang adil.
  • ketidakadilan: perihal (keadaan, perbuatan, kejadian dsb) tidak adil.
  • peradilan: segala yang berkaitan dengan perkara pengadilan.
  • pengadilan:
    1. mahkamah, majlis dsb yang mengadili.
    2. perihal mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil.
  • pengadil:
    1. orang yang mengadili sesuatu perkara, hakim.
    2. orang yang mengadili pertandingan atau perlawanan.

Etimologi

sunting

Daripada bahasa Arab عدﻝ ('adl).

Sebutan

sunting

Kamus Dewan: a·dil

Tulisan Jawi

sunting

عادﻳﻞ

Terjemahan

sunting

Tesaurus

sunting
Sinonim
aci, berpada, berpatutan, patut, saksama, setimpal.
Antonim
kejam, zalim, memihak.

Bahasa Indonesia


  • Lihat takrifan bahasa Melayu.