Unit terbitan SI

ukuran yang menggunakan gabungan unit-unit asas

Unit terbitan SI merupakan unit yang digabungkan daripada tujuh unit asas SI melalui pendaraban, pembahagian atau penyonsangan.

Unit terbitan tanpa dimensi

sunting
Unit SI tanpa dimensi
Nama Simbol Kuantiti Takrif
radian rad sudut Unit sudut ialah sudut yang dicakup di pusat bulatan oleh lengkok lilitan yang mempunyai panjang yang sama dengan jejari bulatan. Terdapat   radian dalam satu bulatan.
steradian sr sudut padu Unit sudut padu ialah sudut padu yang dicakup di pusat satu sfera yang mempunyai jejari r oleh sebahagian permukaan sfera yang mempunyai luas r2. Terdapat   steradian dalam satu sfera.

Unit khas SI

sunting
Unit bernama terbitan unit asas SI
Nama Simbol Kuantiti fizikal Dalam unit SI lain Dalam unit SI asas
hertz Hz frekuensi 1/s s−1
newton N daya m∙kg/s2 m∙kg∙s−2
pascal Pa tekanan N/m2 m−1∙kg∙s−2
joule J tenaga N∙m m2∙kg∙s−2
watt W kuasa, fluks sinaran J/s m2∙kg∙s−3
coulomb C cas elektrik s∙A s∙A
volt V beza keupayaan, daya gerak elektrik W/A = J/C m2∙kg∙s−3∙A−1
farad F kapasitans elektrik C/V m−2∙kg−1∙s4∙A2
ohm Ω rintangan elektrik V/A m2∙kg∙s−3∙A−2
siemens S kekonduksian elektrik 1/Ω m−2∙kg−1∙s3∙A2
weber Wb fluks magnet J/A m2∙kg∙s−2∙A−1
tesla T medan magnet V∙s/m2 = Wb/m2 = N/A∙m kg∙s−2∙A−1
henry H aruhan/induktans V∙s/A = Wb/A m2∙kg∙s−2∙A−2
Celsius °C Suhu T°C = TK − 273.15 K
lumen lm fluks berkilau cd∙sr cd
lux lx pencahayaan lm/m2 m−2∙cd
becquerel Bq keradioaktifan 1/s s−1
gray Gy dos serap J/kg m2∙s−2
sievert Sv dos setara J/kg m2∙s−2
catal cat pemangkinan mol/s s−1∙mol

Unit lain

sunting
Unit gabungan yang terbit dairpada unit SI
Nama Simbol Kuantiti Dalam unit SI asas
meter persegi m2 luas m2
meter padu m3 isi padu m3
meter sesaat m/s laju, halaju m·s−1
meter sesaat ganda dua m/s2 pecutan m·s−2
meter sesaat ganda tiga m/s3 sentakan m·s−3
radian sesaat rad/s halaju sudut s−1
newton saat N·s momentum kg·m·s−1
newton meter saat N·m·s momentum sudut kg·m2·s−1
newton meter N·m tork, momen daya kg·m2·s−2
meter songsang m−1 nombor gelombang m−1
kilogram semeter padu kg/m3 ketumpatan kg·m−3
meter padu sekilogram m3/kg isi padu tentu kg−1·m3
mol semeter padu mol/m3 kepekatan amaun bahan m−3·mol
meter padu semol m3/mol isi padu molar m3·mol−1
joule sekelvin J/K muatan haba, entropi kg·m2·s−2·K−1
joule perkelvin mol J/(K·mol) muatan haba molar kg·m2·s−2·K−1·mol−1
joule sekilogram kelvin J/(K·kg) muatan haba tentu m2·s−2·K−1
joule per mole J/mol tenaga molar kg·m2·s−2·mol−1
joule per kilogram J/kg tenaga tentu m2·s−2
joule per metre padu J/m3 ketumpatan tenaga kg·m−1·s−2
newton per meter N/m = J/m2 tegangan permukaan kg·s−2
watt per metre persegi W/m2 ketumpatan fluks haba kg·s−3
watt per meter kelvin W/(m·K) kekonduksian haba kg·m·s−3·K−1
meter persegi per saat m2/s kelikatan kinematik m2·s−1
pascal saat Pa·s = N·s/m2 kelikatan dinamik kg·m−1·s−1
koulomb per meter padu C/m3 ketumpatan cas elektrik m−3·s·A
ampere per meter persegi A/m2 ketumpatan arus elektrik A·m−2
siemens per meter S/m kekonduksian elektrik kg−1·m−3·s3·A2
siemens meter persegi per mole S·m2/mol kekonduksian molar kg-1·s3·mol−1·A2
farad per meter F/m ketelusan kg−1·m−3·s4·A2
henry per meter H/m kebolehtelapan kg·m·s−2·A−2
volt per meter V/m kekuatan medan elektrik kg·m·s−3·A−1
ampere per meter A/m kekuatan medan magnet A·m−1
kandela per metre persegi cd/m2 luminans cd·m−2
koulomb per kilogram C/kg dedahan (sinar X dan gamma) kg−1·s·A
gray per saat Gy/s kadar dos serap m2·s−3
edit

Lihat juga

sunting