Stadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Stadium Negara
Stadium Tertutup
Stadium Negara
Nama penuhStadium Negara Malaysia
LokasiKuala Lumpur
Koordinat3°8′26″N 101°42′10″E / 3.14056°N 101.70278°E / 3.14056; 101.70278Koordinat: 3°8′26″N 101°42′10″E / 3.14056°N 101.70278°E / 3.14056; 101.70278
Pecah tanah1960
Dibina1960-1962
Dibuka19 April 1962 (1962-04-19)
Diubahsuai1982
PemilikPNB's PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.
PengendaliPNB's PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.
Kos pembinaanRM34 Juta
Pengurus ProjekMr S. L. Jewkes, Pengarah Kerja Awam
Kontraktor umumMr M. D. Canavan, Encik Koon Yew Yin and Encik S. Nakendra
Kontraktor utamaPengarah Kerja Awam
Kapasiti10 000

Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.

Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih RM 34 juta[1] dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia Tenggara. la bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni bina moden di negara ini. Selepas pembinaan Stadium Merdeka yang terbuka maka perlulah tiba pula giliran stadium tertutup seperti Stadium Negara.

Stadium Merdeka sesuai untuk permainan-permainan yang dipertandingkan di tanah lapang tetap. Stadium Negara pula dibina khas bagi permainan-permainan dalam seperti sukan badminton, dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan. Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan pelbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pada Februari 2003, Stadium Negara telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.

Acara yang dilangsungkan

sunting
  1. Pertandingan Badminton Piala Thomas 1992
  2. Hari Kanak-Kanak
  3. Maulidur Rasul
  4. Pertandingan tinju pada 1975: Muhammad Ali vs Joe Bugner
  5. Anugerah Filem Antarabangsa India Selatan ke-3 (2014)

Acara Lain

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Bangunan Stadium Negara.
  2. ^ Bee Gees Setlist at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia
  3. ^ http://www.whereseric.com/eric-clapton-tour/26/11/1990
  4. ^ "Tour Dates - 03 March 1991 – Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-24. Dicapai pada 2015-12-23.
  5. ^ Classic Tour Diary Joe Elliott Kuala Lumpur 1996.
  6. ^ Sarah Brightman Tour dates 2004 - Sarah Brightman Tour Dates 2008-9
  7. ^ Saturday July 1, 2006, Rock with INXS at Stadium Negara
  8. ^ Kanye West at Stadium Negara, Past event
  9. ^ Jason Mraz at Stadium Negara, Wednesday 4 March 2009
  10. ^ ‘The Cranberries’ live in Malaysia, April 4th 2012[pautan mati kekal]
  11. ^ Win Tickets to Wonder Girls Wonder World Tour in Malaysia 2012!!!
  12. ^ Jonas Brothers wow the teen crowd in Stadium Negara, By KEVIN TAN, The Star online.
  13. ^ "Paramore puts on a 'Monster' show in KL". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-17. Dicapai pada 2015-12-23.
  14. ^ Lee, KyungNam (26 March 2013). "CN Blue Sells Out Concerts and Adds Extra Shows to Tour". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 26 March 2013.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 3°8′26″N 101°42′10″E / 3.14056°N 101.70278°E / 3.14056; 101.70278{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman