Sachertorte merupakan jenis kek coklat ataupun torte yang dicipta oleh Franz Sacher[1] pada 1832 untuk Putera Wenzel von Metternich di Vienna, Austria.[2] Kek ini merupakan salah satu makanan istimewa bagi bandar Vienna[3] dan pada 5 Disember, akan adakan Hari Kebangsaan Sachertorte.[4]

Sachertorte di Vienna.

Sejarah

sunting

Resipi yang sama dengan Sachertorte muncul pada lewat abad ke-17[5] dan juga ditemui pada buku masakan Conrad Hagger pada tahun 1718 serta buku masakan Gartler-Hickmann pada 1749 dengan tajuk Buku Masakan Sebenar Vienna (Wienerisches bewährtes Kochbuch).

Pada tahun 1832, Putera Wenzel von Metternich memberitahu kepada tukang masaknya untuk membuat satu pencuci mulut istimewa untuk tetamu-tetamu penting.[6] Ketua tukang masak mengambil cuti sakit dan membiarkan kerja-kerja itu diberikan kepada tukang masak yang baru berusia 16 tahun, Franz Sacher,[7] yang juga baru dua tahun berlatih di dapur Metternich. Putera Metternich kemudian berkata, "Jangan buat saya malu pada malam ini!" Ketika torte yang bakal dicipta oleh Sacher untuk tetamu, torte beliau tidak mendapat perhatian. Sacher menyempurnakan latihan beliau sebagai chef dan selepas itu menghabiskan masa di Bratislava (Pressburg) dan Budapest, beliau akhirnya menetap di Vienna serta membuka kedai wain.

Anak sulung Sacher, Eduard meneruskan warisan masakan ayahnya dengan menghabiskan latihannya di Vienna dengan mencipta kek di Chef Pastri Imperial Diraja. Kek beliau mula diletakkan di Demel dan kemudian di Hotel Sacher, yang dibuka oleh Eduard pada 1876. Sejak itu, kek beliau merupakan makanan terkenal Vienna di kalangan pelancong.

Rujukan

sunting
  1. ^ It all started with a cake
  2. ^ Bell, Bethany (31 May 2007). "Happy Birthday, cake". BBC News. Dicapai pada 2007-05-31. It was created by chance one day in 1832 when the chef to the chancellor, Prince Wensel Metternich, suddenly fell ill. His 16-year-old apprentice, Franz Sacher, was called in to create a dessert that would not disgrace the prince and the Sachertorte was born.
  3. ^ "Wiennese cuisine Sachertorte". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-03. Dicapai pada 2015-02-19.
  4. ^ Karl Louderback. "National Days". Louderblog. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 15 December 2011.
  5. ^ name="It all started with a cake"
  6. ^ name="It all started with a cake"
  7. ^ name=bbc