Portal:Undang-undang

PORTAL UNDANG-UNDANG

Portal Undang-undang

Undang-undang adalah satu percubaan untuk menimbangtara antara kehendak orang ramai dalam perhubungan antara mereka. Pengajian undang-undang mencari jawapan kepada beberapa persoalan penting mengenai kesamarataan, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat.

Undang-undang berkait hampir kesemua arena kehidupan. Terdapatnya undang-undang tentang pekerjaan, undang-undang mengenai sukan, undang-undang yang boleh mengehadkan bagaimana perniagaan diuruskan dan undang-undang yang membolehkan penubuhan syarikat malah juga persatuan. Undang-undang boleh menubuhkan sekolah, mengenakan hukuman terhadap pelaku jenayah, bertindak sebagai jambatan antara budaya-budaya berasingan dan ada juga undang-undang mengenai pilihanraya dalam sesuatu negara. Terdapat juga undang-undang berkenaan bagaimana hendak menggubal undang-undang.

Dalam kebanyakan negara dunia, pengamal undang-undang profesional dilatih untuk memberi orang ramai khidmat dalam pengetahuan dan perlaksanaan hak mereka dalam undang-undang. Hak dan tangunggungjawab dalam undang-undang boleh dan sering menjadi kompleks. Akan tetapi, terdapatnya sejarah yang kaya mengenai undang-undang dengan pelbagai pemikiran falsafah yang berdepankan undang-undang. Pertempuran politik yang hebat sering berlaku untuk membuat undang-undang dan isu-isu ekonomi juga dibangkitkannya. Ini menjadikan bidang undang-undang satu bidang yang penuh dengan kenikmatan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Baca lagi...

Rencana Pilihan

frames
frames
Perlembagaan Malaysia yang mengandungi 131 perkara adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan Persekutuan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos, 1957.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 13 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih or artikel yang relevan.

Lebih...

Gambar Pilihan

Stele Raja Hammurabi menunjukan berhala Mesir purba Shamash membawa kod undang-undang kepada raja.

Biografi Pilihan

Shad Saleem Faruqi merupakan profesor undang-undang Malaysia dan juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor. Beliau juga berkhidmat di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan part time di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada umur 19 tahun, beliau telah memperolehi ijazah daripada Wesleyan University di Amerika Syarikat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai He konsultant bagi negara-negara Fiji, Timur Leste dan Iraq, menasihatkan mereka berkenaan dengan dokumen perlembagaan. Beliau juga pernah menolong membuat draf perlembagaan Republik Maldives.

Pada penghujung tahun 2004, Kelab Back-Benchers Barisan Nasional Parlimen Malaysia melantiknya sebagai penasihat bagi tujuan menasihati mereka tentang reformasi dan penguatkuasaan Parlimen dalam menghadapi keadaan kekuasaan cabang eksekutif terhadap kerajaan Malaysia. (Shad Saleem telah menganggarkan bahawa antara tahun 1991 dan 1995, 80% daripada kesemua bil yang diperkenalkan di Parlimen telah diluluskan tanpa pindaan.)

Lebih...

Kes Pilihan

frames
frames

Donoghue (atau McAlister) lwn Stevenson (Donoghue v. Stevenson [1932] A.C. 532, 1932 S.C. (H.L.) 31, [1932] All ER Rep 1) adalah salah satu daripada kes termasyhur dalam sejarah undang-undang common law Inggeris. Keputusan House of Lords mewujudkan tort moden kecuaian kedua-dua dalam undang-undang masyarakat Scot dan di serata dunia dalam bidang kuasa common law. Kes ini berasal dari Paisley, Scotland, tetapi House of Lords menyatakan bahawa prinsip keputusan mereka beraplikasi dalam undang-undang Inggeris. Ia sering dirujuk sebagai "kes siput dalam botol".

Lebih...

Statut Pilihan

Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.
Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.


Lebih...

Portal Berkaitan

Ralat: sila nyatakan imej dalam baris pertama

Falsafah Politik Sejarah

Tahukah Anda?

Perkara yang anda boleh lakukan

  • memperbaiki stub berkenaan rencana undang-undang
  • mencipta lebih banyak rencana mengenai kes
  • mencipta rencana mengenai konsep perundangan dan falsafah undang-undang
  • mencipta bahagian baru di Wikipedia yang dikhaskan untuk debat undang-undang

Kategori

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal-portal

Purge server cache