Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (bantuan·maklumat)) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.
Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.
Sejarah
suntingAdolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan "Pasukan Gempur" (atau dalam Jerman Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain.
Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Bierkeller-Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925. Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara.
Kebangkitan Parti Nazi
suntingHitler dilepaskan daripada penjara selepas 8 bulan dalam tahanan. Pada waktu ini beliau berikrar untuk mendapat kuasa melalui cara yang demokratik dan bukannya dengan keganasan. Beliau mula sedar bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan.
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ Davidson, Eugene. The Making of Adolf Hitler: The Birth and Rise of Nazism. University of Missouri Press. m/s. 241.
- ^ Orlow, Dietrich. The Nazi Party 1919-1945: A Complete History. Enigma Books. m/s. 29.
Rujukan
sunting- Evans, R. J. (2005). The Third Reich in Power 1933–1939. London: Penguin Books. ISBN 0-7139-9649-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Heiden, Konrad (15 September 1933). "Les débuts du national-socialisme". Revue d'Allemagne (dalam bahasa French). 7 (71).CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Höhne, Heinz (2000) [1969]. The Order of the Death's Head: The Story of Hitler's SS (Der Orden unter dem Totenkopf: Die Geschichte der SS). London: Penguin. ISBN 978-0-14-139012-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 0-393-06757-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Shirer, William L. (1991) [1960]. The Rise and Fall of the Third Reich. London: Arrow Books Ltd. ISBN 978-0749306977.CS1 maint: ref=harv (link)
- Stackelberg, Roderick (2007). The Routledge Companion to Nazi Germany. New York: Routledge. ISBN 978-0-415-30860-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
sunting- Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP) 1920-1933 and 1933-1945 at Lebendiges Museum Online. In German.
- Organisationsbuch NSDAP An encyclopedic reference guide to the Nazi party, organizations, uniforms, flagss etc. published by the party itself