Magneto ialah sejenis penjana elektrik yang menggunakan magnet kekal untuk menghasilkan arus ulang-alik.

Litar magneto Bosch, 1911
Magneto tegangan rendah ringkas, untuk enjin silinder tunggal
Angker magneto tegangan tinggi
Keratan rentas magneto tegangan tinggi dengan pengagih

Magneto yang disesuaikan untuk menghasilkan nadi voltan tinggi digunakan dalam sistem penyalaan sesetengah enjin pembakaran dalam janaan gas untuk membekalkan kuasa kepada palam pencucuh.[1] Magneto kini dihadkan terutamanya kepada enjin yang ketiadaan bekalan elektrik, misalnya mesin rumput dan gergaji rantai. Ia juga banyak digunakan dalam enjin omboh penerbangan walaupun selalunya terdapat bekalan elektrik, kerana sistem penyalaan magneto lebih boleh diharap daripada sistem gelung bateri. Mereka yang membincangkan magneto dan gelung yang digunakan dalam enjin pembakaran dalam terawal biasanya menggunakan istilah "tegangan" (tension) daripada "voltan" yang lebih moden.


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Selimo Romeo Bottone (1907). Magnetos for Automobilists, how Made and how Used: A Handbook of Practical Instruction in the Manufacture and Adaptation of the Magneto to the Needs of the Motorist. C. Lockwood and son.