Laut Barents (Norway: Barentshavet, Norway Timur Urban: [ˈbɑ̀ːrn̩tsˌhɑːvə];[1] Rusia: Баренцево море, rumi: Barentsevo More) ialah sebuah laut yang terletak di utara Norway dan Semenanjung Kola. Nama laut ini berasal dari pelaut Belanda Willem Barentsz.

Laut Barents
Kedudukan Laut Barents
LokasiLautan Artik
Koordinat75°N 40°E / 75°N 40°E / 75; 40 (Barents Sea)Koordinat: 75°N 40°E / 75°N 40°E / 75; 40 (Barents Sea)
JenisLaut
Aliran masuk utamaLaut Norway, Lautan Artik
Negara lembanganNorway dan Rusia
Luas permukaan1,400,000 km2 (540,000 bt2)
Kedalaman purata230 m (750 ka)
RujukanInstitute of Marine Research, Norway

Bahagian selatan Laut Barents, termasuk pelabuhan Murmansk (Rusia) dan Vardø (Norway) tidak membeku sepanjang tahun oleh kerana Arus Atlantik Utara yang hangat. Memasuki bulan September, hampir seluruh Laut Barents tidak membeku. Sehingga Perang Musim Sejuk, wilayah Finland juga meliputi Laut Barents, dengan pelabuhan di Petsamo sebagai satu-satunya pelabuhan musim sejuk di Finland.

Sejarah

sunting

Laut Barents dahulu dikenali di Rusia sebagai Murmanskoye Morye, atau "Laut Murmans" (yakni Norway); dan di sebelah timur di muara Sungai Pechora, laut ini dikenali sebagai Pechorskoye Morye, yakni Laut Pechora. Laut ini dinamakan untuk menghormati Willem Barents, pelaut dan penjelajah Belanda. Barents merupakan pemimpin ekspedisi awal ke Utara Jauh pada akhir abad ke-16. Pemetaan laut diselesaikan pada tahun 1933 dengan peta penuh yang diproduksi oleh ahli geologi kelautan Rusia Maria Klenova. Selama Perang Dingin, Kesatuan Soviet menggunakan bahagian selatan laut sebagai lokasi kapal selam misil balistik, yang kemudian dilanjutkan oleh Rusia. Eksplorasi minyak di Laut Barents bermula pada 1970-an, dan dilakukan oleh kedua-dua negara.

Rujukan

sunting
  1. ^ Berulfsen, Bjarne (1969). Norsk Uttaleordbok (dalam bahasa Norway). Oslo: H. Aschehoug & Co (W Nygaard). m/s. 37.

Pautan luar

sunting