Islam di Armenia pada umumnya telah dikembangkan sepanjang berabad-abad. Semasa dibawah pemerintahan Islam, orang Armenia memeluk agama Islam. Cerita ini mirip pada Empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1990an, bilangan orang Islam (Azeri) di Armenia menurun dengan banyaknya oleh kerana migrasi pada zaman konflik Nagorno-Karabakh. Terdapat juga orang Kurdistan sebanyak (50-70,000 orang) dan sedikit mereka adalah Sunnah Waljamaah. Sejak awal tahun 1990an, Armenia telah menarik perhatian kumpulan-kumpulan esoterik dan ahli politik sektarian. [1]

.Penyerbuan Arab dan pemberontakan Armenia

sunting
 
Masjid Biru, Yerevan. Gambar dari Simon Hooks.

Orang Arab pertamanya menyerbu Armenia pada 640. Putera Theodoros Rshtuni memimpin pertahanan Armenian. Pada sekitar 652 satu perjanjian kedamaian telah dilakukan membenarkan orang Armenia kebebasan beragama. Putera Theodoros mengembara ke Damascus, di mana dia dikecam oleh Arab sebagai pemerintah Armenia, Georgia dan Albania.[2] Pada akhir abad ketujuh, polisi Kekhalifahan terhadap Armenia dan kepercayaan Kristian dikeraskan. Para pewakil istimewa Khalifah dikenali sebagai ostigan dikirimkan untuk memerintah Armenia. Ostigan membuat bandar Dvin sebagai tempat petempatan mereka. Sebelum itu, Dvin adalah petempatan orang Katolik Armenia. [2]

Walaupun diumumkan sebagai kawasan kekuasaan Khalifah, Armenia masih taat pada agama Kristian mereka. Orang Arab gagal beberapa kali mencuba untuk memasuki orang Armenia ke dalam agama Islam. KedegLebih daripada 400 orang bangasawan Armenia diperangkap ke dalam salah satu gereja-gereja Nakhichevan, kemudian pintu-pintu ditutup dan gereja itu dibakar. Kemudian, pada sejarawan Arab mengistilahkan waktu itu sebagai Tahun Kebakaran Besar. Kata Pope John VI, "...lautan tangisan melanda Armenia". Beberapa pemeberontakkan tidak berjaya mengikuti peristiwa tragis itu pada abad ke-8.[2]

Kitab Suci Al-Quran

sunting

Dengan adanya manuskrip Al-Quran (Bahasa Armenia: Ղուրան, Ghuran) diterjemahkan ke dalam Bahasa Klasik Armenia, Grabar. Walau bagaimanapun versi cetakan pertama Al-Quran telah diterjemahkan ke dalam bahasa Armenia dari bahasa Arab muncul pada 1910. Pada 1912 sebuah terjemahan dari sebuah versi bahasa Perancis telah diterbitkan. Keduanya adalah dalam bahasa Armenia Barat. Sebuah terjemahan baru Al-Quran dalam bahasa Armenia Timur telah bermula dengan bantuan kedutaan Republik Islam Iran di Yerevan. Terjemahan itu telah dilakukan oleh Edvard Hakhverdyan dari bahasa Parsi selama tiga tahun. [3].


Sekumpulan ahli bahasa arab menolong menterjemahkan . Setiap 30 bahagian dalam Al-Quran telah dibaca dan disahkan oleh Pusat Pengajian Al-Quran Tehran. [4]. Penerbitan sebanyak 1000 cetakan karya terjemahan itu telah dilakukan pada 2007. Keminatan besar terhadap kitab terjemahan itu telah membuatkan kedutaan menolak untuk menempah 3000 salinan lagi.

Rujukan

sunting
  1. ^ Armenia - church and country profile (Europe Desk)
  2. ^ a b c Arab invasions and Armenian revolts - Yuri Babayan Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Islam" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ The Koran is published in the Armenian language
  4. ^ Koran in Armenian

Pautan luar

sunting