Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini (Arab: أبو عبد الله محمد بن يزيد بن ماجة الربعي القزويني) adalah seorang ahli hadis yang terkenal kerana menyusun kitab Sunan Ibnu Majah. Beliau dilahirkan pada tahun 207 H dan meninggal pada hari Selasa, lapan hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan tahun 275 H.

Imam Ibnu Majah

Beliau menuntut ilmu hadis dari berbagai negara hingga beliau mendengar hadis dari madzhab Maliki dan Al Laits. Sebaliknya banyak ulama yang menerima hadis dari beliau. Ibnu Majah menyusun kitab Sunan Ibnu Majah dan kitab ini sebelumnya tidak mempunyai tingkatan atau tidak termasuk dalam kelompok kutubus sittah kerana dalam kitabnya ini terdapat hadith yang daif bahkan hadith munkar. Oleh karena itu para ulamak memasukkan kitab Al Muwaththa karya Imam Malik dalam kelompok perawi yang lima (Al Khamsah). Menurut penyusun (Ibnu Hajar) ulama yang pertama kali mengelompokkan atau memasukkan Ibnu Majah ke dalam kelompok Al Khamsah itu adalah Abul Fadl bin Thahir dalam kitabnya Al Athraf, kemudian disokong pula Abdul Ghani dalam kitabnya Asmaur Rizal.