Hipotesis
Hipotesis (Tulisan Jawi: هيڤوتيسيس)merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.
Ciri-ciri hipotesis ialah :
- hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas apabila pemboleh ubah lain dimalarkan.
- Hipotesis mesti berasaskan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu dibuktikan.
- Hipotesis itu mesti boleh diuji.
- Hipotesis mesti ringkas dan jelas.