Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (Svensk: Nobelpriset i fysiologi eller medicin; bahasa Inggeris: Nobel Prize in Physiology or Medicine) dikurniakan setahun sekali oleh Institut Karolinska di Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan menurut wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895, selain bidang-bidang Fizik, Kimia, Kesusasteraan dan Keamanan sejak tahun 1901.

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
Nama asliNobelpriset i fysiologi eller medicin (sv) Sunting nilai ini di Wikidata
JenisHadiah Nobel Sunting nilai ini di Wikidata
PeneranganPenerokaan fisiologi dan perubatan yang membawa kepada manfaat bagi umat manusia
LokasiStockholm, Sweden
NegaraSweden Sunting nilai ini di Wikidata
Disampaikan olehNobel Assembly at Karolinska Institutet
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Kali pertama1901
Kini dipegang olehHarvey J. Alter, Michael Houghton dan Charles M. Rice (2020)
Tapak web
nobelprize.org
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pemberian hadiah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh saintis menceburi bidang-bidang iniini pertama dikurniakan kepada ahli fisiologi Jerman bernama Emil Adolf von Behring pada tahun 1901 atas "sumbangannya kepada terapi serum, terutamanya kegunaannya untuk merawat difteria, yang mana beliau membuka jalan baru dalam bidang sains biologi dan dengan itu meletakkan senjata kemenangan terhadap penyakit dan maut placed di tangan tabib".

Hadiah ini disampaikan dalam suatu upacara tahunan di Stockholm pada 10 Disember, iaitu ulang tahun kematian Nobel, yang mana pemenangnya menerima hadiah kurniaan Raja Sweden yang berbentuk diploma, pingat dan dokumen yang mengesahkan nilai hadiahnya.[2] Pemenang terkininya diumumkan Institut Karolinska pada 5 October 2020 jatuh kepada Harvey J. Alter, Charles M. Ricedan Briton Michael Houghton atas sumbangan mereka menemukan virus Hepatitis C.[3]

Pencalonan dan pemilihan

sunting

Selebih-lebihnya tiga orang Pemenang Nobel dan dua usaha berlainan boleh dipilih untuk menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan.[4]

Pemenang-pemenang tersebut ditentukan oleh Perhimpunan Nobel di Institut Karolinska yang terdiri daripada 50 orang profesor di Institut Karolinska. Para petugas Perhimpunan yang terlibat dalam menapis pencalonan adalah sebuah Jawatankuasa Nobel lima ahli yang dilantik oleh Perhimpunan Nobel.[5] Pada peringkat terawal, beribu-ribu orang diminta menamakan calon. Kemudian, nama-nama ini diteliti dan dibincangkan oleh para pakar sehingga hanya pemenangnya yang tinggal.

Borang-borang yang berbentuk jemputan peribadi dan eksklusif dihantar ke hampir 3,000 individu terpilih untuk menjemput mereka agar menghantar pencalonan. Nama calon-calon tidak diumumkan serta-merta, dan calon-calon tersebut juga tidak dimaklumkan pencalonan mereka.

Setelah pencalonan dipantau oleh jawatankuasa, senarai kira-kira 200 calon dihasilkan lalu dihantar kepada pakar-pakar terpilih dalam bidang ini untuk dikurangkan kepada 15 orang calon. Jawatankuasa menghantar laporan cadangan kepada institusi yang berkenaan.

Walaupun pencalonan anumerta (selepas mati) tidak dibenarkan, namun seseorang yang mati dalam tempoh antara pencalonan dan keputusan jawatankuasa penghadiahan masih dibenarkan.

Senarai penerima

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org.
  2. ^ "What the Nobel Laureates Receive". The Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-06.
  3. ^ "The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2020". NobelPrize.org. Dicapai pada 5 October 2020.
  4. ^ "What the Nobel Laureates Receive", accessed 1 November 2007.
  5. ^ Nobelprize.org: Prize Awarder for the Nobel Prize in Physiology or Medicine, accessed on October 5, 2009

Pautan luar

sunting