Bajau
Orang Bajau adalah masyarakat rumpun Austronesia yang pindarandah serata kawasan perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi, petempatan daratan mereka terletak bertaburan di pesisiran Sabah utara Borneo, Kepulauan Sulu dan pesisiran Mindanao di Filipina serta Sulawesi.[3]
Jumlah penduduk | |
---|---|
Sekurang-kurangnya 470,000 di kepulauan Filipina; sekurang-kurangnya 456,672 di Sabah, Malaysia;[1]235,000 di Indonesia. [2] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Filipina (Kepulauan Sulu, Semenanjung Zamboanga, Davao del Sur, Mindanao, Bangsamoro) Indonesia Tempat lain | |
Bahasa | |
Bahasa Bajau, Bahasa Suluk, Bahasa Dusun, Bahasa Chavacano, Bahasa Cebu, Bahasa Tagalog, Bahasa Melayu (termasuk loghat Sabah serta baku-baku Malaysia dan Indonesia) | |
Agama | |
Islam Sunni (kebanyakan), anutan adat dan animisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Iranun, Tausūg, orang Moro, Orang Tagalog Orang Melayu, Bugis, dan orang Austronesia lain secara luasnya |
Bancian dilakukan serata Sabah milik Malaysia tahun 2010 membilang mereka sebagai etnik kedua teramai negeri itu.[4] Pengiraan ini tidak termasuk kelompok etnik sebudaya yang bertempat di kawasan lautan yakni Bajau Laut yang dinafikan hak kewarganegaraan oleh pihak berkuasa baik peringkat Negeri Sabah mahupun persekutuan Malaysia sendiri yang tidak mengambil peduli keadaan mereka yang serba kekurangan sarana hidup dan terabai malah melayan kejam mereka;[5] media arus utama Malaysia sering menggelarkan mereka dengan nama hina Palauh diberikan orang-orang Bajau lain[6] atau Luwa'an dari orang Suluk dalam bahasa mereka ("ludahan") yang percaya kononnya orang Bajau hidup kehanyutan di laut kerana melanggar perintah Tuhan.[7]
Pembahagian
suntingOrang Bajau di Sabah dikelompokkan lanjut mengikut lokasi petempatan darat:
- Orang Bajau Samah (Darat) yang menetap di daerah seperti Tuaran, Kota Belud dan Papar
- Orang Bajau Laut pula menetap di daerah seperti, Kudat, Pitas, Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Semporna.
Suku Bajau yang berada di Semporna di pecahkan kepada pelbagai sub etnik. Bajau Pantai Timur Khasnya di daerah Semporna terbahagi kepada Bajau darat dan Bajau laut yang mana Bajau darat lebih tertumpu kepada sektor Pertanian Manakala Bajau laut lebih tertumpu kepada sektor Penangkapan Hasil laut walaupun ada segelintir Bajau darat juga tertumpu kepada penangkapan hasil laut.
Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat dikenali di seluruh dunia sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Iranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi mutunya dan senang diperolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat resam dan budaya hidup, mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuat parang dan pesawah[8] serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies"[9], Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.
Makanan tradisional
suntingKima ialah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.
Sagol/Ѕenagol
suntingSagol/Ѕenagol apabila digunakan sebagai kata kerja bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol apabila digunakan sebagai kata nama bermaksud 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Penceluran (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Terdapat dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dikukus. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek, Тayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang lain (selalunya makanan laut).Ia kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau ialah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima, tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.
Tarian Tradisional
suntingTarian Igal atau Igal-Igal
suntingTarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Negeri Sabah, Selatan Filipina dan beberapa kepulauan di Indonesia. Igal bermaksud "tari" manakala magigal bermaksud "menari." [10] Tarian ini boleh ditarikan secara perseorangan, berkumpulan mahupun secara berpasangan-pasangan. Penekanan penting dalam tarian igal sebagai sistem pergerakan berstruktur orang Bajau adalah pada pelenturan jari dan telapak tangan, gerakan lengan, postur tubuh badan dan kehalusan peralihan pergerakan bahu.[11] Langkah tari dan pergerakan kaki dalam tarian ini dilakukan dengan pelbagai tempo seperti perlahan atau cepat bergantung kepada ensemble muzik tagunggu yang mengiringinya. Sebuah ensemble tagunggu terdiri daripada satu set kulintangan yang mengandungi enam hingga lapan gong cerek kecil atau gong kecil (seperti periuk) yang diletakkan di atas rak kayu, satu hingga tiga gong gantung besar (agung), dan gendang dua permukaan yang dipanggil tambul atau tambol. [12] Lagu yang dimainkan daripada tagunggu’ untuk mengiringi tarian igal dikenali sebagai titik. Lagu-lagu tertentu (titik) menunjukkan bentuk-bentuk spesifik igal yang dipersembahkan samada oleh lelaki semata-mata, wanita atau kumpulan jantina campuran. Tarian Igal turut dipersembahkan untuk acara suci (sacred) seperti upacara magpaiibahau, magpaigal--jin etc. dan juga acara sekular seperti acara perkahwinan, sambutan tetamu, Festival Regatta Lepa dan lain-lain. Ketika acara perkahwinan, penari atau pengantin yang menarikan tarian ini akan diselitkan wang di celahan jari mereka oleh ahli keluarga pengantin dan tetamu yang hadir sebagai hadiah dan tanda penghargaan kepada mereka yang menari.
Secara umumnya, tarian ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan panggilan Igal-igal. Namun, pengamal budaya tarian igal di Semporna mengatakan bahawa tarian ini lebih tepat dirujuk berdasarkan repertoire muzik tangunggu' yang mengiringinya. Selain itu, orang Bajau juga sering merujuk tarian igal dengan kata panggilan lain iaitu 'pangalay' atau 'mangalay'. Istilah ini merupakan kata pinjaman daripada masyarakat Suluk berikutan persilangan budaya dan hubungan sosio-budaya yang rapat antara kedua-dua kaum di negeri Sabah.[11] Menurut Fernando-Amilbangsa, L. (1983), "Mangalay ... bermaksud menari (kata kerja) atau bergerak dalam langkah berirama, meluncur dengan gerak isyarat berirama sementara Pangalay… secara umum menunjukkan tari (kata nama) atau tarian, tanpa mengira fungsi atau bentuknya.[13] Oleh itu, istilah Pangalay atau Mangalay sebenarnya lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada tarian orang Suluk, manakala istilah Igal atau Magigal lebih tepat untuk merujuk kepada tarian orang Bajau di Semporna.
Repertoire-repertoire yang terdapat tarian ini dirujuk berdasarkan titik (lagu daripada alat muzik kulintangan) yang dimainkan. Sebagai contoh, sekiranya titik lellang dimainkan oleh pemuzik, maka tarian yang mengiringinya disebut sebagai igal lellang. Begitu juga dengan repertoire titik yang lain seperti titik limbayan, igal yang ditarikan akan disebut sebagai igal limbayan.[10] Ketika dipersembahkan dalam acara sosial atau persembahan pentas, penari yang menarikan tarian ini boleh menggunakan janggay atau salingkuku (sejenis kuku palsu yang panjang dan diletakkan dihujung setiap jari di tangan) untuk menyerlahkan pelenturan tangan dan jari. Namun begitu, janggay atau salingkuku ini tidak dipakai ketika igal ditarikan semasa upacara ritual. Ketika menari tarian igal, penari juga boleh menggunakan prop tangan yang dipanggil bola'-bola' (atau: bolak-bolak). Bola'-bola' adalah merupakan sepasang kayu yang diperbuat dari kayu belian (kadangkala bola'-bola' diperbuat daripada buluh) yang dimainkan seperti castanet ketika menari pada kedua-dua belah tangan. Tarian igal yang ditarikan dengan bola'-bola' dirujuk berdasarkan jenis repertoire igal tersebut. Sebagai contoh, Igal Limbayan yang ditarikan dengan menggunakan bola'-bola' akan dipanggil dengan nama "Igal Limbayan Magbola'-bola'.[10]
Pembahagian Tarian Igal berdasarkan pemain (performer):
- Igal Lella (igal lelaki)
- Igal Denda (igal wanita)
Jenis repertoire tarian igal:
- Igal Limbayan
- Igal Lellang
- Igal Tabawan
- Igal Panansang
- Igal Tarirai
Seni persembahan masyarakat Bajau seperti tarian igal dan muzik tagunggu' memainkan peranan penting dalam sambutan festival Regatta Lepa.Pesta Regatta Lepa adalah sambutan tahunan orang Bajau (termasuk Bajau Laut dan Bajau Kubang) yang menampilkan perarakan bot atau perahu tradisional yang dipanggil lepa. Lepa dihiasi dengan kain hiasan berwarna-warni dipanggil tipas-tipas, sambulayang berbentuk segitiga, serta dihiasi dengan panji-panji - kain berbentuk segi tiga berwarna yang biasanya digunakan untuk perayaan dan perkahwinan.[10] Festival ini dianjurkan pada setiap tahun sejak tahun 1994 untuk menghidupkan semula tradisi lepa orang Bajau yang kian pudar. Pesta Regatta Lepa ditaja oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Sri Pelancongan, anak syarikat Lembaga Pelancongan Sabah (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Promosi Pelancongan Sabah).[12]
Orang Bajau juga turut menarikan Tarian Daling-daling sebagai salah satu daripada seni persembahan mereka. Namun, tarian daling-daling lebih tepat dirujuk sebagai sebuah budaya tari milik Masyarakat Suluk di sekitar Sabah dan Filipina. Kesedaran akan kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.[14]
Perkataan dalling-dalling ialah kata ganda "dalling" yang berubah menjadi "dalling-dalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Tarian ini ialah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya, penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) ialah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila atur cara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
Tarian Limbai & Runsai (Bajau Samah Kota Belud)
suntingTarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai diiringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian Limbai, Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau Samah di Kota Belud. Runsai selalu ditarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Pakaian Tradisional
suntingPakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud dikenali sebagai "Badu Sipak". Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Bajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan nama "Alal Bimbang"
Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau
suntingKepada pembaca yang boleh berbahasa bajau, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan sedikit kosa di bawah ini, mengikut sebutan bahasa tempat tinggal masing-masing, agar ia dapat dijadikan sumber rujukan di samping kita dapat mempelajari dan mengenali bahasa ini dengan lebih tuntas lagi. Berikut ialah kosa kata Bajau:
Bajau Lahad Datu/Semporna
sunting- Bercakap dalam bahasa melayu/bahasa yang mudah difahami - mag samah kita
- Aku sayang padamu - Alasah aku ma ka'ah
- Aku suka padamu - Bilahi aku ma ka'ah (Aku ingin bersama kamu)
- Siapa namamu? - Sai on nu?
- Nama saya Dayang - On ku Dayang
- Sayang, aku cinta padamu/Sayang, aku sayang padamu - Rayang, alasa aku maka'ah
- Apa khabar? - Ai/I habbal?
- Di mana? - Maingga?
- Tak lama lagi aku jadi bapa = Embal teggol aku jari ammak
- Bangunlah kau - abatikna ka
sian/sai - siapa
tuli - tidur
pahalu- besok
pahali- bangun/berehat
lasso/asso - Kenyang
- aku - aku, saya
- angai - kenapa
- ahok - ya
- embal niak/halam - tak ada
- ateggol - lama
- amangan - (sedang) makan
- lingantuh - lapar
- palakkas - cepat, lekas
- palastik - plastik
- amolek - pulang
- ka'ah - kau, engkau, awak , anda
- kita/kitam - kita
- ka'am - kamu
- kami - kami
- bilahi - ingin
amolek - balik
- rayang - sayang (Kata nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang disayangi) juga digunakan untuk panggilan anak perempuan
- lasah - sayang, cinta, kasih (Kata adjektif - menunjukkan perasaan sayang)
- ralua/dalua - sama
- maka - dengan
- ma'iya - padanya
- on - nama
- ku = ku (kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan hak milik)
- ammak - bapa
- inak/mama - ibu
- embok - nenek
- endek - kakak
- sihaka - adik beradik yang lebih tua
- sihali - adik
- sihaka - abang
- otok - (panggilan manja untuk adik lelaki atau lelaki yang lebih muda)
- babu' - makcik
- omboh/ombok - nenek/datuk
- kaki - sepupu
- tapek - kaki
- anak - anak
- umpu/empu - cucu
- lalla - lelaki
- randa - perempuan
- anak kamanakan - anak buah
- anakranakan - keturunan
- Ginis Kinakan - Jenis Makanan
- bohek - air
- manuk - ayam
- raing/daing - ikan
- sapi' - sapi/lembu
- gula-gula/gulak-gulak - gula-gula
- buas - nasi/beras
- gula/gulak - gula
- sayul - sayur
- entollo - telur
Ginis Walna/kolol - Jenis Warna
- pote' - putih
- ettom - hitam
- bilu - biru
- bianing - kuning
- gaddung - hijau
- kalas - merah jambu
- keyyat - merah
- taluk - unggu
Numbul - Nombor
- assa - satu
- duwa - dua
- tullu - tiga, telu
- uput/empat - empat
- lima - lima
- unnum - enam
- pituk - tujuh
- waluk - lapan
- siyam - sembilan
- sangpuh - sepuluh
- rahatus/dahatus - seratus
Ada beberapa perkataan suku kaum Bajau yang hampir sama sebutannya dengan bahasa Melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa Bajau.
Contoh:-
- Tompah/taumpak - Terompah (kasut),
- Badju - Baju,
- Sin - Sen (Duit),
- Aku - Aku,
- buk - buku
- Kitab - Kitab,
- iskul - sekolah
- tahik - air laut
- rilaut/delaut - lautan
- lauk - lauk
- karitak - kereta/kenderaan
- Tangan - Tangan
- longon - lengan
- bowa - bawa
- bowak - mulut
- Mata - Mata
- Talinga/Tainga - Telinga
- Вuas - Beras
- Kayu - Kayu
- Sipak - Sepak (Tendang)
- Sampak - tampar
Bono - pukul
- Timbak - Tembak
- Lakkas/palakkas - Lekas (Cepat)
- anginum - Minum
- amangan - makan
- alahi - Lari
Paragan - lari
- Sukup - Cukup
- Potek - Putih,
- bilu - biru,
- bianing - kuning,
- gaddung - hijau,
- ettom - hitam,
- coklat - coklat,
- oren - oren/jingga,
- unggu/taluk - ungu,
- ata'u - pandai
- mata - mata
- manis - manis(rupa yang manis);
- amamis - manis(gula ataupun makanan atau minuman yang manis),
- kukku - kuku ,
- matai - mati,
- atai - hati,
- jantung - jantung,
- hatus - ratus,
- ngibu - ribu,
- daluwa - sama,
- batu - batu,
- kota/bandal - kota,
- bangsa - bangsa,
- suku - suku,
- lampuk - lampu,
- suvuh - pagi,
- sawan - cawan,
- sapu - sapu,
- lella/lalla - lelaki
- danda/randa - perempuan,
- atakka - sampai,
- dua/rua, empat, lima, onnom/, sangpuh - dua, empat, lima, enam, sepuluh
- issa, tullu, pituh, waluk, siam - satu, telu(tiga), tujuh, lapan, sembilan
- lumak - rumah,
- Аa - orang
- ahap - sedap/bagus
- mingga - dari mana
- sinnyawa/pantalun - seluar
- bajjuk - baju
- tapek - kaki
- ung - hidung
- lepa - perahu /biduk
- suruk - sudu
- maskid - masjid
- angai - kenapa
- dangai/rangai - berapa
- to'a - tua
- sambahayang - solat/sembahyang
- bang - azan
- sukup - cukup
- katas - kertas
- ahap - bagus/baik
- otak/utuk - otak
- lawang - pintu
- bangkuk' - bangku
- bittis - betis
- tangan - tangan
- jambatan - jambatan
- langit - langit
- napas - nafas
- sigah - rokok
- tb (tibi) - TV
- Halam - tiada
- langan - jalan(palengan2 - jalan2)
- amandi - mandi
- bowa - bawa
Bajau Samah Kota Belud/Tuaran/Papar
suntingUtok=otak
moto=mata
telingo=telinga
buat=berat
derakan=dada
tut=lutut
bukut=belakang
tekok=kepala
kelong=leher
lindoh=dahi
bentingol=degil
luara'=susah/kesusahan
sekinam=berlawan
ngeredok=nyenyak
setio=berjauhan
sesikot=berdekatan
sedembila=bersebelahan
pungkau=bangun
mantau=berdiri
alap=baik
ya'=malu
ningko=duduk
pekom/pekam=bertiarap
pesirip=mengiring
kepoh=lompat/terjun
tatak=jatuh
iyak=baling
sesembet=berkejaran
selegundi'=layang-layang
ngelantu = lapar
limpang/pelimpang = baring
lumaan tanak = jalan/berjalan kaki
mapi = masak
kiti = kita
benad betis = lenguh/kebas kaki
somo = sama
mangan = makan
yan abar = apa khabar
turi = tidur
saging = pisang
dendo = perempuan
laruk = tapai
jomo = orang
kambul = selimut
gaai/segai = mereka
payau = rusa
dela = lelaki
baie = basi
yangto'o = nenek
tarum = terung
mato'o = datuk
ngeluteh = lesu
eyang = emak
kilik = cerek
iram/irom = hitam
peberinut = beransur balik
ema = bapa
sian = siapa
luma'an = jalan/berjalan
parak = berkecai/hancur
nguta = muntah
limbo = lemas
tio = jauh
seruan = bertunang
sikot = dekat
limpas/pelimpas = lalu/tumpang lalu
lulaai = lari
ngantuk = mengantuk
sekelat = selimut
tegega = terkejut
odon = tangga
ingin = suka
beluang = pintu
gali/kernuan = geli
pendawan = tingkap
tito'o = ketawa sesapu = penyapu
pinggo = pergi ke mana
temang = lidi
minggo = mana/di mana
kuri-kuri/beragam = main-main, bermain
songom = malam
kaleh = dengar
sekul = sekolah mekaleh = mendengar
iyan/iyen = apa
betutur = bercakap
kinum-kinum = senyum
beserita = bercerita
delak' = lidah
mandi badak = malam berinai
urung = hidung
sabuk = gayung/cebok
moto = mata
situn = tempayan
telingo = telinga
kebentianan = ????
siyen/sian = siapa
suang = sungai
isak = satu
regisin = tali air
duo = dua
ungkab = terkopek/buka
telu = tiga
empat = empat
limo = lima
enom/enam = enam
pituk = tujuh
wauk' = lapan
siom/siam = sembilan
sepu' = sepuluh
buas = nasi
gulai/rapa = sayur
diing/di'eng = ikan
tarak/ratas = redah
Gu'uk/badi = parang
bet'ta/tegol = lama
nongot = berpeluh
pesak/parak = pecah/ hancur
ai siku elling= sudah aku bilang
- bei nu mangan? = sudah kau makan?
Bajau Kudat/Pendekar Tausug
suntingBajau Kudat ialah kumpulan beberapa sub-etnik Bajau yang bergabung dan menuturkan bahasa yang sama serta berkongsi budaya dan adat resam yang sama. Bajau Kudat yang asli ialah gabungan daripada sub-etnik Bajau iaitu etnik suku Banadan, Danauan serta Κagayan dengan etnik suku orang Suluk. Oleh itu, Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Dalam legenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di Tanah Melayu, Pahlawan-pahlawan hebat dan bijaksana pada masa itu akan membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri kayangan yang menjaga gunung. Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" merupakan salah seorang keturunan Bajau Suluk dan menetap di kawasan pergunungan Sabah sebelum mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok Bajau yang lain. Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, Suku Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana berkongsi bangsa, bahasa, budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan daripada etnik Bajau yang lain. Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi(percampuran) antara dua suku bangsa ini yang akhirnya menghasilkan Bajau Kudat/Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub-suku yang paling sedikit dalam etnik Bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun, darah pahlawan mereka seperti Mat Salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini, keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti lebih bijak, pandai, cantik berbanding sub-ethik bajau lain biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran.
Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini adalah di Kampung Limau-Limauan (pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan ialah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat di bawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahim moyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga (Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan), Kampung Parapat Laut (Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain.
Bajau Kudat ialah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus peratus istilah dan bahasa Banarran-Suluk dalam kebudayaan, adat resam dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan Bajau dan Suluk. Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan, gaya lagu, bacaan dan kaedah pengajian al Quran menggunakan bahasa Аrab dan Jawi Bajau-Suluk kuno. Semua istilah nikah, kahwin dan pertunangan menggunakan bahasa Βajau dan Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama. Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"(istilah yang seerti dengan "jawapan penerimaan lamaran") dan "Muka Laung"(buka mulut dalam bahasa Melayu Sabah) ialah contoh istilah bahasa Suluk Kuno yang digunakan dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah daripada bahasa Bajau yang bererti "meminang". Istilah "Tampan Maru" pula ialah istilah bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti denda akibat pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan. Istilah seperti akat nika, mas kawin dan tunang berasal daripada Bahasa Melayu. Pasangan pengantin Bajau-Suluk atau Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan usungan seperti seorang raja dan permaisuri. Keberangkatan dan ketibaan pengantin selalunya diiringi dengan irama titik palang ngan dan irama titik sambutan. Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang yang selalunya tujuh das atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga pengantin. Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialu-alukan dengan syair tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai kalangan dan panji-panji berwarna merah yang dikenali sebagai panji dan sambulayang dengan kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin.
Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa bahawa nenek moyang meraka berasal daripada keturunan manusia yang lahir daripada ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan". Berdasarkan kajian, satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila Kesultanan Sulu sebagai keluar daripada ruas bambu ialah Tuan Masaik iaitu Raja Islam Sulu yang pertama (memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam pada tahun 1280 Masihi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masihi) yang berasal dari Tanah Besar Borneo Utara (Sabah) yang telah berkahwin dengan Puteri Raja Sipad daripada Suku Kaum Dayak Buranun (nenek moyang suku kaum Tausug atau Suk).
Antara tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya daripada Bajau Kudat ialah Datu Paduka Mat Salleh (anak-anaknya seperti Halipan (Ungkung) daripada isterinya Dayang Bandang dan anak-anaknya daripada isteri kedua Dayang Shariffah masih terdapat keturunannya di Kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang dan Kampung Talaga Kudat), Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim, Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung (Digadung), Datu Khalil Jamalul dan ramai lagi.
Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua daripada suku kaum ini mampu menuturkan lebih daripada dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub-etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah (Bajau Kota Belud) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus.
Pekerjaan utama golongan tua suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani padi bukit. Walau bagaimanapun, generasi Bajau Kudat pada hari ini kebanyakannya bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
Pada masa sekarang, Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat Mag Gunting atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat Mag Duaah iaitu kenduri arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Budaya Mag Gunting agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali masa hari raya atau dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersama-sama dengan sebuah replika jong atau kapal layar yang dihias manakala anak perempuan pula akan diarak disertai dengan sebuah replika mahligai. Kedua-dua replika ini iaitu Jong dan Mahligai melambangkan seorang Putera Raja dan seorang Puteri Raja. Jong ialah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai tempat tinggal seorang Puteri Raja.
Senjata tradisi Bajau Kudat ialah barung dan bakuku serta kalis. Barung, Bakuku dan Kalis ialah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggaan bagi orang-orang Bajau Kudat.
Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya seawal abad ke-13 lagi. Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam ke Palawan dan Balabak (sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu (Kudat) dan Teluk Darvel (Segama-Lahad Datu).
Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah Marudo dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu berasal daripada bahasa Bajau Kudat iaitu kata Ma Ilu Du Atau Maru Du yang bererti "Di situ-situ juga". Daerah Marudu ialah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh sarjana Barat selain daerah Kinabatangan. Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula, nama wilayah Marudo dan Api-Api (Kota Kinabalu pada masa ini) telahpun dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub-etnik orang Bajo atau Bajau.
Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat ialah Kulintangan, gong, tambul (Tambur), gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan, gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai jinis titik yang selalu dimainkan ialah titik samah, titik mangkabung, titik kagayan, titik suk (irama peperangan atau silat), titik ta (kita), taddoh habah (irama percintaan), titik kablitan (irama muzik yang diiringi tarian igal) dan ttik palangngan (irama pengantin berangkat dan tiba).
Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain pis iaitu kain dastar ikat kepala. Kain pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus yang selalunya bertaraf sekurang-kurangnya ketua kaum. Ini disebabkan kain pis ini harganya mahal dan pada masa dahulu ia dijual secara tukaran barang sama ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur ataupun dengan kerbau. Kadangkala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga (paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau Κudat.
Di Kudat juga terdapat suku Bajau Samah yang merupakan penghijrah dari daerah Kota Belud dan daerah Tuaran. Mereka telah datang ke daerah Kudat semasa dan selepas pendudukan Jepun untuk mencari perlindungan. Kecuali Bajau Samah di perkampungan Sebayan, mereka ialah penduduk awal Bajau Samah di daerah Kudat.
Rujukan
sunting- ^ https://joshuaproject.net/people_groups/10582/ID. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ https://joshuaproject.net/people_groups/12978/BX
- ^ Lotte Kemkens. Living on Boundaries: The Orang Bajo of Tinakin Laut, Indonesia (PDF) (Tesis). University of Utrecht. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 November 2011. Dicapai pada 21 March 2011.
- ^ "Sabah's People and History". Kerajaan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2016. Dicapai pada 25 March 2015.
The Kadazan-Dusun is the largest ethnic group in Sabah that makes up almost 30% of the population. The Bajaus, or also known as "Cowboys of the East", and Muruts, the hill people and head hunters in the past, are the second and third largest ethnic group in Sabah respectively...
- ^ Wan Shawaluddin Wan Hassan; Diana Peters (Disember 2020). "The Vulnerability of Bajau Laut as Stateless People in Sabah". Jurnal Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. 26 (2): 183–196.
- ^ Sather, Clifford (2004). "Keeping the Peace in an Island World: The Sama Dilaut of Southeast Asia". Dalam Kemp, Graham; P. Fry, Douglas (penyunting). Keeping the Peace: Conflict Resolution and Peaceful Societies Around the World. New York: Routledge. m/s. 126. ISBN 0-415-94762-6.
- ^ Kiefer, T.M. (1972). The Tausug violence and law in Philippines Moslem society. New York: Holf, Reinhart and Winston. m/s. 22–3. ISBN 0 03 085618 3.
- ^ Nornis Hj. Mahali, Saidatul (2015). Dikir Mistik dalam Masyarakat Bajauː Satu Pemerhatian Awal pada Perubahan Minda terhadap Upacara penanaman. International Journal of the Malay World and Civilisation. m.s. 35-43
- ^ "Bajau Laut". Sea Gypsies | The Nomads of the Sea. 29 March 2017.
- ^ a b c d Hafzan Zannie Hamza. (2014). Igal: The Traditional Performing Arts of the Bajau Laut in Semporna, Sabah (MA Thesis, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya).
- ^ a b Hafzan Zannie Hamza. (2015). Performing Intercultural Experience: Negotiating Igal (Dance) by the Bajau Community in Regatta Lepa Festival, Semporna, Sabah. In 3rd Symposium of the ICTM (International Council for Traditional Music) Study Group on Performing Arts of Southeast Asia (PASEA). pp. 49-53. Publisher: Institut Seni Indonesia (ISI), Denpasar
- ^ a b Hafzan Zannie Hamza. (2012). Hybridity in Presentational Dance: The Igal of Bajau Laut in Semporna, Sabah. In Mohd Anis Md Nor (Ed.) Dancing Mosaic: Issues on Dance Hybridity, pp. 132-140. Publisher: Cultural Centre University of Malaya & National Department for Culture and Arts, Ministry of Information, Communication and Culture, Malaysia.
- ^ Fernando-Amilbangsa, L. (1983). Pangalay: Traditional Dances and Related Folk Artistic Expressions. The Author and Filipinas Foundation Inc. for the Ministry of Muslim Affairs.
- ^ "TARIAN TRADISIONAL SABAH". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-28. Dicapai pada 2009-03-29.