Anugerah Juara Lagu ke-22
Anugerah Juara Lagu ke-22 2007 (AJL 22) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang telah disaringkan untuk membariskan 14 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2007 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-22. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.
Anugerah Juara Lagu ke-22 | |
---|---|
Tarikh | 27 Januari 2008 |
Tempat | Stadium Putra Bukit Jalil |
Pengacara | Fara Fauzana Faizal Ismail Cheryl Samad Ally Iskandar |
Tempoh Tayangan | 3 jam |
Juara Lagu | Itu Kamu |
Dengan bertemakan "Keajaiban Muzik"[1], malam anugerah gilang-gemilang ini telah diadakan pada 27 Januari 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 8.30 malam dan seperti biasa, dibawakan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan Hot FM. Pengacara yang mengacarakan malam tersebut ialah Ally Iskandar, Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Fara Fauzana.
Pemenang Juara Lagu ialah Itu Kamu nyanyian kumpulan Estranged; kugiran tersebut selaku penggubahnya membawa pulang trofi dan wang tunai RM25,000 selaku juara keseluruhan dan RM12,000 lagi selaku juara Pop-Rock, manakala juara setiap kategori lain iaitu Samudera (etnik kreatif) dan Izinku Pergi (balada) mendapat trofi dan wang tunai RM12,000 sementara persembahan terbaik (Mawi, Angan dan Sedar) dan vokal terbaik (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad, Ceritera Cinta) masing-masing memperoleh trofi dan wang tunai RM10,000.
Perubahan
suntingBerbeza dengan 15 tahun sebelumnya, AJL kali ini menampilkan 14 buah lagu untuk disaringkan ke peringkat akhir yang memperlihatkan perbezaan dalam kategori. Lagu dari kategori Etnik Kreatif telah dikurangkan daripada empat buah kepada tiga buah sahaja manakala satu buah ditambah bagi kategori Balada dan Pop Rock menjadikannya lima buah lagu untuk dua kategori ini layak bertanding ke peringkat akhir.
Perubahan ini disebabkan lagu dalam kategori Etnik kreatif adalah yang paling sedikit iaitu hanya lebih kurang 20 peratus pencalonan disebabkan kurangnya pendedahan dalam kalangan khalayak. Ini menyebabkan kajian sudah dilakukan untuk memberi gabungan yang tepat bagi keputusan untuk mengurangkan sebuah lagu etnik kreatif berdasarkan nisbah.[2] Sebagai kejutan sebelum menjelang Anugerah Juara Lagu, telah diumumkan ketika saingan separuh akhir kategori Pop Rock bahawa kategori itu akan membawa 6 buah lagu ke peringkat akhir yang menjadikan kategori Pop Rock mempunyai lagu paling banyak dipertandingkan kali ini.[3]
Pada tahun ini juga AJL memberi peluang kepada bakat baru seperti pemuzik 'indie' sehingga sebuah kumpulan (Estranged) telah layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik.
Saringan separuh akhir
suntingSaringan pada peringkat separuh akhir telah mempertandingkan 10 lagu setiap kategori untuk layak ke peringkat akhir. Kategori Etnik Kreatif telah dilangsungkan pada 11 November 2007 manakala kategori Balada adalah pada 18 November dan kategori Pop Rock adalah pada 25 November 2007. Peringkat separuh akhir ini telah diacarakan bersama oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail dari Sri Pentas 2, Shah Alam.
Lihat disini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 22
Finalis
sunting
Kategori Pop Rocksunting
|
Kategori Baladasunting
|
Kategori Etnik Kreatifsunting
|
Malam anugerah
suntingTahun ini paling banyak menampilkan penyanyi gantian disebabkan penyanyi asal tidak dapat menyertai atas sebab-sebab tertentu. Faizal Tahir (penyanyi asal Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta) telah diharamkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV swasta selama tiga bulan mulai 15 Januari 2008, dua minggu sebelum AJL 22 yang menyebabkan beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk muncul membawakan dua lagunya.[4] Sementara itu, Kaer sibuk menuntut di Indonesia[5] maka tempatnya untuk lagu Izinku Pergi terpaksa diganti Sahri AF1. Rio Febrian, penyanyi Indonesia yang berduet dengan Jaclyn Victor dalam lagu Ceritera Cinta, juga tidak dapat hadir, maka tempatnya diganti Lah Ahmad.
Upacara anugerah malam ini diacarakan oleh Fara Fauzana, Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad. Malam anugerah dimulakan dengan persembahan "Senang Tari", "Asmaradana" oleh Dayang Nurfaizah. Kesemua lagu dan penyanyi dinilai oleh lapan orang juri:
- Azhar Borhan, ketua juri
- Fauzi Marzuki, komposer
- Hanizam Adullah, penulis Berita Harian
- Helen Yap, komposer
- Syafinaz Selamat, pensyarah vokal/penyanyi
- Amran Omar, penulis lirik
- Arab, penerbit muzik
- Farihin Abdul Fatah, penerbit muzik
Berikut adalah susunan persembahan sepanjang malam anugerah:
- Farhana (Putri Bumi Kenyalang) | Pop Rock
- Samudera | Etnik Kreatif
- Harapan | Balada
- Destinasi Cinta | Pop Rock
- Mahakarya Cinta | Balada
- Kasihnya Balkis | Etnik Kreatif
- Sembunyi | Pop Rock
- Janjiku | Pop Rock
- Izinku Pergi | Balada
- Angan dan Sedar | Pop Rock
- Ceritera Cinta | Balada
- Itu Kamu | Pop Rock
- Dirgahayu | Etnik Kreatif
- Kasih Tercipta | Balada
Persembahan selingan yang ditunjukkan selepas selesainya kesemua lagu yang bertanding didendangkan dan sebelum keputusan diumumkan, adalah "Kata" oleh Hazami, "Fantasi Bulan Madu" oleh Hattan dan Dayang Nurfaizah, "Caramu" oleh Nikki, "Keabadian Cinta" oleh Ziana Zain dan "Seindah Biasa" oleh kumpulan The Lima.
Keputusan
sunting- Juara Lagu: "Itu Kamu" (Estranged / Richael Lawrence)
- Kategori:
- Etnik Kreatif: "Samudera" (Nora / Johan Nawawi / Ahmad Fedtri Yahya)
- Balada: "Izinku Pergi" (Sahri / Azlan Abu Hassan / Sulu Sarawak)
- Pop Rock: "Itu Kamu" (Estranged / Richael Lawrence)
- Vokal Terbaik: Jaclyn Victor dan Lah Ahmad ("Ceritera Cinta")
- Persembahan Terbaik: Mawi ("Angan Dan Sedar")
Anugerah Juara Lagu kali ini menampilkan buat kali keempat sebuah kumpulan menjadi juara selepas Kumpulan Search (1989), Kumpulan Mega (1991) dan Kumpulan Spider (2004). Untuk kali ini juga, 50% sumbangan undian SMS bagi Persembahan Terbaik buat kali kedua diperkenalkan selepas kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Juara Lagu 2005. Kedua-dua hasil undian ini memihak kepada persembahan Mawi.
Trivia
sunting- Ketiga-tiga penyanyi bagi kategori Etnik Kreatif pernah memasuki peringkat akhir AJL lebih daripada sekali.
- 5 daripada 15 penyanyi merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu yang dahulu iaitu Siti Nurhaliza (1996, 1998, 2000), Aishah (1990, 1995), Ramlah Ram (1988), Misha Omar (2003) dan Jaclyn Victor (2005).
- Edisi kali ini menyaksikan 4 daripada 5 lagu yang bertanding terpaksa menampilkan penyanyi gantian. Hanya Fazli Zainal merupakan penyanyi asal manakala Jaclyn Victor sebagai penyanyi asal "Ceritera Cinta" digandingkan dengan pasangan pengganti iaitu Lah Ahmad ekoran penyanyi asal Rio Febrian berada di Indonesia. Turut tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Indonesia adalah Kaer Azami yang diganti Sahri. Manakala penyanyi Faizal Tahir hadir sebagai penonton apabila dikenakan larangan daripada muncul di kaca TV ketika dua buah lagu nyanyiannya (Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta) terpaksa digantikan oleh dua penyanyi gantian (Fiq Halim dan Bob). Sahri menjadi satu-satunya penyanyi gantian memenangi kategori ini.
- Ketika Bob menyampaikan lagu "Kasih Tercipta", terdapat skrin TV di pentas yang menyiarkan lirik lagu itu sebagai panduan untuk Bob.
- Penyanyi lelaki berjaya memecah tradisi kemenangan yang selama ini didominasi oleh penyanyi wanita dalam kategori Balada sejak AJL 1993.
- Nora akhirnya memenangi anugerah di AJL setelah bertanding sebanyak 7 kali menerusi lagu Samudera (kategori Etnik Kreatif). Jika sebelum ini,beliau pernah bertanding dalam kategori Balada namun gagal memenangi sebarang anugerah dan pada edisi AJL 2001,beliau layak untuk kategori Etnik Kreatif dengan Desa Tercinta dan kategori Balada dengan Menyemai Cinta Bersamamu namun gagal juga memenangi sebarang anugerah.
- AJL 2007 menyaksikan buat pertama kalinya pasangan duet (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad) memenangi Anugerah Vokal Terbaik dan 10 Tahun kemudian AJL32.pasangan duet Syamel & Ernie Zakri yang menyampaikan lagu " Aku Cinta" berjaya mengungguli Kategori ini.
- Siti Nurhaliza juga mencipta sejarah beliau yang tersendiri apabila gagal memenangi sebarang anugerah buat pertama kalinya berbeza dengan penyertaan beliau dalam AJL yang pernah disertainya sebelum ini, beliau pasti pulang dengan membawa sekurang-kurangnya satu anugerah. Beliau yang baru saja pulang dari mengerjakan haji di Tanah Suci beberapa hari sebelum menyertai Anugerah Juara Lagu kali ini dan edisi kali ini juga merupakan penampilan terakhir Siti Nurhaliza selepas beliau membuat keputusan untuk tidak lagi bertanding di pentas akhir.
- Misha Omar buat julung kalinya membuat penampilan bersama Andy Flop Poppy dalam kategori Pop Rock selepas beberapa tahun mewarnai kategori Balada yang sememangnya begitu sinonim dengan suara gemersik beliau.
- Kemunculan 3 band terkenal seperti Sofazr, Estranged, Jinbara telah sedikit sebanyak mewarnai kategori Pop Rock dengan pelbagai aliran rock yang dibawa. Ketiga-tiga band tersebut pertama kali melangkah ke AJL ternyata dilihat mampu memberi saingan kepada penyanyi solo dan duet.
- Raja SMS, Mawi berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik buat kali kedua menerusi lagu Angan Dan Sedar hasil ciptaan komposer dan penulis lirik yang sama dengan lagu Aduh Saliha yang memenangi kategori tersebut pada tahun 2005.
- Boleh dikatakan AJL paling meriah setakat ini kerana menampilkan penyertaan pelbagai aliran daripada penyanyi baru dan lama dengan pelbagai aliran muzik yang diketengahkan.
- Richael Gimbang aka Rich Estranged menjadi alumni Akademi Fantasia pertama menjuarai AJL dengan terpilihnya lagu 'Itu Kamu' sebagai juara AJL edisi 22. Satu penanda aras baharu apabila alumni program realiti tv yang acap kali dilabel sebagai 'artis mee segera' berjaya diangkat sebagai juara. Tidak terkilan jika Rich juga adalah anak negeri Sabah pertama dijulang sebagai pemenang AJL.
Rujukan
sunting- ^ Nor Fadzilah Baharudin (2008-01-07). "AJL 22 tanpa kontroversi dan percuma". Utusan Malaysia.
- ^ Siti Azira Abd Aziz (2007-11-07). "AJL 22 'pinggirkan' lagu etnik kreatif?". mSTAR Online.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (2007-11-26). "Kejutan Pop Rock sudah dirancang dari mula". Unknown parameter
|publihser=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan) - ^ "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2008-01-19. Cite has empty unknown parameter:
|4=
(bantuan) - ^ Anugerah Juara Lagu ke 22 - Bhg. 7 (Cheryl Samad: "…Kaer yang sedang sibuk menuntut di Indonesia")