1981
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1981. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1981 (nombor).
1981 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis. Ia berlangsung dari 24 Safar 1401 hingga 4 Rabiulawal 1402.
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
sunting- 16 Julai: Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
- 13 Ogos: Mahathir tiba di Jakarta bagi satu lawatan selama rasmi dua hari. Beliau telah disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta oleh Presiden Suharto, Naib Presiden Adam Malik, para menteri kabinet dan diplomat-diplomat asing. Lawatan itu merupakan yang pertama kali dilakukan sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
- 15 Ogos: Akademi Laut Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Mahathir. Akademi ini terletak di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru Melaka itu dan dibina di atas tapak seluas 46 ekar.
- 23 Ogos: Mahathir tiba di Bangkok untuk melakukan lawatan rasmi selama dua hari di mana beliau akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Thai. Beliau disambut di lapangan terbang oleh Perdana Menteri Thailand.
- 16 November: Mahathir diberi sambutan meriah setibanya beliau di negeri Sabah. Lawatan ke Sabah ini merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
- 18 Disember: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Waktu Standard Malaysia. Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan zon waktu antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1982. Rang Undang-undang Waktu Standard Malaysia ini dikemukakan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Tak Berportfolio di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nasir.
Tarikh tepat tidak pasti
sunting- Komputer VIC-20, dengan RAM 5KB hingga RAM 32KB, CPU6502A, paparan teks 23 baris dan paparan warna, yang dijual pada harga AS$300 mencapai jualan sebanyak 9,000 unit sehari.
- Mikropemproses iAPX432 yang mempunyai kelajuan 2 MIPS diperkenalkan oleh Intel.
- Komputer ZX81 dengan mikropemproses Z80A dipasarkan oleh Syarikat Sinclair pada harga AS$200.
- Komputer Osborne 1 dipasarkan oleh Osborne pada harga AS$1,795. Pakej ini termasuk perisian seperti BASIC, Word Star dan SuperCalc yang bernilai AS$1,500.
- Komputer Star 8010 dipasarkan oleh Xerox tetapi gagal dalam pasaran.
- Pakej komputer Xerox 820 diperkenalkan oleh Xerox pada harga AS$3,000.
- Komputer peribadi IBM 5150 dipasarkan pada harga AS$6,000. Spesifikasinya terdiri daripada Intel 8088, 4.77MHz, 64Kb RAM, 40Kb ROM, pemacu 5.25 inci dan MS-DOS.
- ProFile, cakera keras pertama Apple Computer sebesar 5MB diperkenalkan, dengan komputernya dijual pada harga AS$3,500.
- Sistem mikrokomputer BBC yang menggunakan CPU 6502A dengan RAM 48KB, 83 unit kekunci dan 16 grafik berwarna diperkenalkan oleh Acorn Computer Limited.
- Smartmodem 300 yang menjadi piawai kepada industri ketika itu diperkenalkan oleh Produk Mikrokomputer Hayes.
- dBASE II, sebuah atur cara pangkalan data pertama, dipasarkan oleh Ashton Tate.
- Bill Gates dilantik sebagai Presiden Perbadanan Microsoft.
- Microsoft membeli DOS daripada Produk Komputer Seattle dan menukarkan namanya kepada MS-DOS.
- Silicon Graphics ditubuhkan oleh James Clark.
- Creative Technology ditubuhkan oleh Sim Wong Hoo.
- Penemuan penyakit AIDS akibat jangkitan HIV.
- Kiub Rubik memenangi anugerah Mainan Tahunan BATR.
Kelahiran
sunting- 21 Januari — Mohd Amri Yahyah - pemain bola sepak Malaysia
- 31 Januari — Justin Timberlake - penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat
- 2 Mac — Bryce Dallas Howard - pelakon Amerika Syarikat
- 3 Mac — Shatha Hassoun - pelakon dan penyanyi Iraq dan Maghribi.
- 22 April — Hind Mohammed - pelakon wanita Arab Saudi.
- 29 April — Jessica Alba - pelakon Amerika Syarikat
- 5 Mei — Farid Kamil - pelakon Malaysia
- 12 Mei — Dennis Trillo - pelakon Filipina
- 13 Jun — Dounia Boutazout - pelakon wanita Maghribi
- 29 Ogos — Hatim Ammor, pelakon dan penyanyi lelaki Maghribi
- 29 September — Iqram Dinzly - pelakon Malaysia
- 11 Oktober — Denny Sumargo, pelakon lelaki Indonesia
- 16 Oktober — Tanta Ginting, pelakon lelaki Indonesia
- 9 November — Alena Wu, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia
- 15 November — Fachri Albar, pelakon lelaki Indonesia
- 22 November — Hoda Saad, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi
- 8 Disember — May Kassab, penyanyi dan pelakon wanita Mesir