Selepas ketibaan orang Serbia ke Balkan pada abad ke-6 dan ke-7, mereka membentuk negara bersatu yang pertama di bawah Dinasti Vlastimirovic pada tahun 812. Negara ini kemudian mencapai kemerdekaan penuh selepas berkembang menjadi Kerajaan Serbia dan Empayar Serbia di bawah Keluarga Diraja Nemanjic yang terkenal.

Fail:Paja Jovanović-Krunisanje Cara Dušana.jpg
Pemahkotaan Maharaja Stefan Dusan Agung; Skoplje, 1346

Serbia mencapai puncaknya dalam bidang ekonomi, undang-undang, ketenteraan, dan agama di bawah pemerintahan Keluarga Diraja Nemanjic, khususnya di bawah Maharaja Dusan. Akibat pertikaian dalaman antara keluarga-keluarga bangsawan pesaing, Serbia tunduk sama sekali kepada Empayar Turki Uthmaniyyah pada abad ke-16. Negara Serbia pertama dibentuk pada tahun 1217, dan Serbia moden muncul semula pada abad ke-19 ketika ia menjadi sebuah kerajaan kecil yang merdeka dan kemudiannya sebuah kerajaan penuh. Pada abad ke-20, Serbia menjadi tulang belakang kepada berbagai-bagai negara Slavik Selatan, termasuk:

Selepas Montenegro mengundi untuk mencapai kemerdekaan dari Kesatuan Negara, Serbia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 7 Jun 2006 sebagai negara pengganti kepada Kesatuan Negara Serbia dan Montenegro.

Rujukan

sunting