Mahfodz Mohamed
Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz Mohamed (Jawi: محفوظ بن محمد ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS di kerusi Dewan Negeri Johor N09 Gambir, Johor.
Tuan Guru Dato' Dr. Haji Mahfodz Mohamed DSSA (Selangor); PhD (Glasgow), Tuan Guru (KUIZM) | |
---|---|
Pengerusi As-Sabiqun Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 12 Julai 2020 | |
Didahului oleh | Subky Abdul Latif |
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat | |
Dalam jawatan 2015–2019 | |
Didahului oleh | Harun Taib |
Digantikan oleh | Nik Muhammad Zawawi Salleh |
Pesuruhjaya PAS Johor | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Daeng Sanusi Daeng Mariok |
Digantikan oleh | Aminolhuda Hassan |
Dalam jawatan 2015–2017 | |
Didahului oleh | Aminolhuda Hassan |
Digantikan oleh | Abdullah Hussin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 16 Oktober 1944 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Datin Norain Abd Wahid |
Anak | Ahmad Nawfal Mahfodz, Nushi Mahfodz |
Kediaman | Muar, Johor |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Kerjaya dan pengalaman
suntingBeliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Syariah) daripada Universiti al-Azhar, Mesir dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Glasgow United Kingdom. Beliau adalah Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor ; Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001; Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004 ; Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000 ; Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), 1987-1999 ; Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 ;Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999 ;Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999 ;Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993 ;Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999 dan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.
Putuskan kerjasama PAS dengan DAP
suntingPada 14 Jun 2015, Mahfodz menyatakan hasrat berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal beliau sendiri membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP enggan bekerjasama dengAN Presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Malahan Abdul Hadi banyak kali tidak hadir semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Abdul Hadi juga menyokong kerjasama dengan UMNO kerana berkongsi impian mahu melaksanakan hudud, yang tidak disokong oleh DAP.
Pada 15 Jun 2015, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong tidak nampak parti itu tidak akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor, memandangkan beliau merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar pada 4-6 Jun 2015. Sebelum ini DAP ada memberi gambaran jika Abdul Hadi kekal menerajui Pas, PR akan terbubar.[1]
Pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
2004 | DUN Bukit Serampang, Johor | Mahfodz Mohamed (PAS) | 2,418 | Dato' Tahir Mohd Taat (BN-UMNO) | 11,482 | 9,064 |
2008 | DUN Bukit Serampang, Johor | Mahfodz Mohamed (PAS) | 3,355 | Dato' Tahir Mohd Taat (BN-UMNO) | 10,605 | 7,250 |
2013 | DUN Gambir, Johor | Mahfodz Mohamed (PAS) | 8,395 | M. Asojan a/l Muniyandy (BN-MIC) | 8,705 | 310 |
Mohd Zan Abu (Bebas) | 837 | |||||
Yunus Mustakim (Bebas) | 261 | |||||
2018 | DUN Gambir, Johor[2] | Mahfodz Mohamed (PAS) | 1,806 | M. Asojan a/l Muniyandy (BN-MIC) | 7,192 | 3,088 |
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PH-PPBM) | 10,280 | |||||
Parlimen Batu Pahat | Mahfodz Mohamed (PAS) | 8,173 | Haliza Abdullah (BN-UMNO) | 28,035 | 17,894 | |
Dato' Mohd Rashid Hasnon (PH-PKR) | 45,929 |
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Selangor
- Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
- Anugerah Alim Haraki - Majlis Konvokesyen KUIZM ke-6 - Tuan Guru[3] - 2020
Bibliografi
sunting- Mahfodz Mohamed (1993). Undang-undang Jenayah Islam: Mengenal Jenayah Qisas Bunuh. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar & Persatuan Ulama Malaysia.
- Mahfodz Mohamed (1989). Ahl al-Bayt dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Warisan. ISBN 967999290X.
- Mahfodz Mohamed (1985). Jinayah dalam Islam: Satu kajian ilmiah mengenai hukum-hukum hudud. Siri dakwah ulama volume 3. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama Malaysia & Nurin Enterprise. ISBN 9679840085.
Rujukan
sunting- ^ Bimbang 'cai undi' musnahkan parti
- ^ Maklumat calon Dewan Negeri Gambir
- ^ Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dato’ Dr Mahfodz secara rasmi bergelar ‘Tuan Guru’ Harakahdaily