Federico Moreno Torroba
Federico Moreno Torroba (1891-1982) ialah penggubah Sepanyol yang dilahirkan di Madrid.
Torroba adalah penggubah yang bertanggungjawab dalam usaha beliau mengembangkan zarzuela, iaitu sejenis opereta Sepanyol ke taraf antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang konduktor muzik yang telah banyak memimpin orkestra dan zarzuela; dan memperkenalkan zarzuela untuk para penonton antarabangsa dalam opera-opera gubahan dan arahan beliau. Selain itu, beliau juga amat terkenal dengan hasil karya karangan muzik untuk gitar klasikal (juga dipanggil gitar Sepanyol) [1].
Hasil karya Torroba
suntingSelain dari memimpin muzik orkestra , beliau juga bertanggungjawab di dalam penulisan banyak karya muzik traditional Sepanyol. Kejayaan terbesar beliau di dalam zarzuela adalah Luisa Fernanda yang ditulis pada tahun 1932 dan La Chulapona dalam tahun 1934.
Antara lain yang terkenal termasuklah La Virgen de Mayo (1925) dan El Poeta (1980), yang dilakonkan oleh Plácido Domingo sebagai pelakon utama [2].
Senarai zarzuela
sunting- La mesonera de Tordesillas (1925)
- La Virgen de Mayo (1925)
- La marchenera (1928)
- Azabache (1932)
- Luisa Fernanda (1932)
- Xuanón (1933)
- La chulapona (1934)
- El duende azul (1946, bersama Rodrigo)
- Baile en Capitanía (1960)
- Ella (1966)
- El Poeta (1980)
Gubahan muzik gitar
sunting- Aires de La Mancha
- Burgalesa
- Castillos de España (Sigüenza, Manzanares el Real, Alba de Tormes, Montemayor, Alcañíz, Javier, Torija, Simancas, Zafra, Turégano, Rebada, Alcázar de Segovia, Olite, Calatrava)
- Estampas (untuk kuartet gitar)
- Madroños
- Nocturno
- Piezas características (Preámbulo, Oliveras, Melodía, Albada, Los Mayos, Panorama)
- Puertas de Madrid (Puerta de San Vicente, Puerta de Moros, Puerta de Toledo, Puerta de Alcalá, Puerta del Ángel, Puerta Cerrada, Puerta de Hierro)
- Rafagas (for guitar quartet)
- Serenata Burlesca
- Siete Piezas de Álbum (Chisperada, Rumor de Copla, Minueto del Majo, ¡Ay, Malagueña!, Aire Vasco, Segoviana, Bolero Menorquín)
- Sonata-Fantasía
- Sonatina in A
- Sonatina y variación (tidak sama dengan Sonatina yang tersenarai di atas)
- Suite castellana (Fandanguillo, Arada, Danza)
- Suite miniatura (Llamada, Tremolo, Vals, Divertimento)
Rujukan
sunting